please clik eh..

Wednesday, January 9, 2013

Salam

lama dah tak menulis.. 
idea banyak
tapi
malas nak menaip
hahahaha

lebih kerap baca blog orang dari tulis blog sendiri

cuma baru-baru ni ada baca blog mat lutfi
vlog pemes tu

serius jeles
sebab dia tulis tuh kadang-kadang macam summary je
tapi sambutan komen dari fan dia..berjela-jela

sumpah jeles.

tapi dalam jeles tuh malas gak nak update karangan dalam blog ne.

cuma nak bagitahu

hidup aku kian berubah

nanti nak update la dalam blog  cuma

tak tahu.. tahun bila..
hahaha

Tuesday, January 17, 2012

tutup aurat!

Adik : abg tahu tak bila perempuan yang TAK SUKA TUTUP AURAT mula menutup auratnya dengan sempurna?

Abg : masa haji kot adik,

Adik : salah...cuba teka lagi,
...
abg : masa kawin???

Adik : Salah jugak, teka la lagi

Abg : apa dia dik?? abg x thu la.

Adik : ustaz cakap , perempuan yg tak suka menutup auratnya , terdedah , seksi, akan menutup auratnya dengan sempurna apabila dia DIKAFANKAN..maka akan TUTUP BUAT SELAMA-LAMANYA.....
 
p/s: ringkas tapi cukup mendalam maksudnya untuk difikirkan.

Thursday, January 12, 2012

yakin ke aku ne?

kadang-kadangkan aku rasa aku ne taklah selalu konfiden
ada masa sampai tak tido malam bila pikir perkara -perkara beso nak berlaku

contohnya... aku baru je lepas habis persidangan..kan aku jadi mc untuk majlis tuh
tiba-tiba aje aku jadi mc..sebab memang dah takder orang lain yang boleh ganti tempat aku
tak delah susah sangat kalau nak cakap ..lagi2 kalau benda-benda merepak

tapi kalau dah audiens ko semua pangkat beso.... ketua pengarah pun ada skali
tak menggigil ke ko nak pung pang kat depan diorang?
dahlah nak kene sebut betul pangkat diorang...yer lah yang berhormat dato' la, yang berbhgia datuklah. datin lah..dan macam -macamlah gelaran ada

kalaulah tersalah sebut...memang ngeri hokeyyyyyyyyy
sepanjang aku keje gomen..bab seniority dan pangkat pegawai kene sebut betul-betul
kalau salah cakap...anggap jelah tulah kali terakhir korang bolehpegang microfon tuh
silap-silap kene ceramah free dengan bos

so aku dengan beraninya ambilah tanggungjawab sebab tahun ini aku nak mencabar diri dan lihat apa yang boleh aku lakukan dalam kerjaya aku
aku taknaklah kerjaya aku statik semata-mata
pergi awal pagi...balik petang..hujung bulan cucuk bank....itu je yang korang buat sampai pencenkan??

kamonlah...kita nie kene kreatifkan kerja kita
kalau macam tuh je tanpa ada drama.... tak bestlah
paling koman...be somebodykan? janji tak busybody

ne tak..bg kerja lebih tak boleh....
suruh outstation pun tak boleh...
suruh overtime lebih tak boleh
suruh bersukan ...asyik nak skip je
yang ko nak...naik gaji!

yang tahu,,sampai opis, punch kad,
on pc.....taip FACEBOOK!
lik sana..klik sini.... gi sarapan pulak....
balik sarapan ..tengok fb balik..kot2lah ada sesape komen kan?
kang kata tak peramah pulak...
abis kurang pun dalam kul 9 baru start keje....

aku kalau boleh nak ubah diri tak nak jadi macam tuh...
semenjak aku kerja dalam jabatan aku..kerjaya aku semakin menarik
banyak berhadapan dengan cabaran dan isu-isu yang membuka mata
seperti Projek NFC, KPI, AZAM TANI ...Dan banyaklah
malah aku sudah hampir ke seluruh malaysia menjelajah kerana kerja aku nie.

contohnya seperti di hari persidangan yang baru saja habis
aku ne pikir macam2lah..
yerlah...tak menggigil ke? tak salah sebut ke?
puaslah aku togok air mineral...yerlah kot-kot sora aku ne jadi garau....
dah takut orang nak dengar..
hari pertama..memang aku asyik pandang skrip je
baca jelah apa yang aku tulis atas skrip tuh...
keyakinan aku tahap 60% je!

tapi bila di hari akhir persidangan...konfident aku mencucuk naik
barulah aku boleh bertentangan mata....siap boleh buat lawak2 sikit
siap ada orang offer untuk the next meeting lagi?

see?
kita kadang-kadang terlalu merendahkan diri sendiri
sampai takut nak mencuba benda baru
takut untuk orang mentertawakan kitakan?

sebenarnya..walaupun anda tidak berjaya pada pertama kali mencuba
sekurang-kurangnya anda ada pengalaman menarik kerna telah cuba untuk mencuba!

to reader...
jangan takut untuk melangkah
jangan malu untuk bersuara
kerna Allah  jadikan hambaNYA dengan pelbagai bakat dan anugerah
hanya tinggal untuk guna atau tidak sahaja!
rugi kalau kita menjadi katak bawah tempurung....
dunia ini terlalu luas untuk diterokai
janji kita tahu batasan dan limit sebagai manusia dan hambaNya

tq kerna sudi membaca...

Tuesday, January 10, 2012

kalau tak kerna arahan bos...

ye..kalau tak kerana arahan bos..memang aku tak akan berdiri depan pentas menjadi juruacara atau mc!
agak menakutkan jugak sebab aku jarang menjadi mc
selagi tak jadi hidup atau mati... memang aku tak akan volunteer punya menjadi seorang juruacara...kalau juru memekak...no hal!

sejak seminggu lepas ,aku bertungkus lumus dengan rakan satu unit aku  bersiap bg menghadapi persidangan yang bermula pd hari ini hingga jumaat nanti. terkejar sana sini!

dulu, kalau ada si fazrina,memang muka dia ajelah  yang jadi mc...aku pulak sebagai runner....bolehlah sekejap aku ke sana..sekejap ke sini.....agak2 bosan...aku online facebook!
tapi ina dah pindah balik johor...jadi kali ini buat pertama kali..aku  dilantik sebagai urusetia utama...
penat tak payah cakaplah...

kalau diikutkan hati..rasa-rasa macam tak mampu untuk buat.
.tapi aku sering berfikir...sampai bila aku harus menjadi pasif????
sekurang-kurangnya aku mencuba...kalau tak tahukan potensi diri ye tak?

so ....bg para penjawat awam mahupun kakitangan swasta...
jangan hanya melakukan satu kerja sahaja sepanjang korang bekerja
hidup ini penuh cabaran...hadapilah dan berani keluar dari keselesaan yang telah kita harungi bertahun-tahun
 buatlah perkara yang menjadikan kerja dan hidup korang lebih meriah dan menarik

aku ingin melakukan perkara lebih  mencabar dan  akan aku melakukan lebih dari apa yang sangka aku boleh lakukan....

kerna aku tahu sesuatu perkara yang berlaku terhadap diri ini adalah ketentuan Allah
tidak dijadikan dugaan itu jika hambanya tidak mampu untuk memikulnya!

selamat berjuang dan jangan mengalah!
serlahkan potensi kerana anda dijadikan sebagai insan terbaik!

terima kasih membaca walaupun satu huruf!

Monday, December 19, 2011

tentang dhia

hello weekend!

ne nak kongsi post lawak...saja kasik santai di hujung minggu....