aku jarang bercerita tentang personal life like may bff, my family ..
means secara detail dalam blog aku..
tak semua aku mampu untuk aku menumpahkan segala dalam penulisan di blog
aku kalau bole memang nak bercerita
tapi tiada kekuatan ke arah itu
kisahnya...aku biarkan rasa itu berlalu saja
tapi kini aku ingin bercerita tentang sahabat
dia paling banyak meninggalkan kesan dalam hidup aku...
sehingga kini ...masih terasa kehadirannya
masih belum berlalu ia pergi meninggalkan aku
aku ini insan comot
secomot seperti lukisan yang dilukis tanpa hati..
tapi dia terima aku dengan baik
terima kecomotan aku
terima kenakalan aku
terima ketidakpandaian aku
terima aku yang kurang moral
dengan dia...aku tidak perlu berpura-pura
menipunya pun aku tidak pernah
apatah lagi berlakon dengannya
pandangannya acapkali menundukkan kenakalan aku
penerimaannya terhadap si comot ini
benar-benar menjentik hati aku untuk hulurkan persahabatan
aku mudah berkawan tapi tidak mudah menerima sebegitu sahaja
payahnya bila aku menerima seorang sahabat
aku bukan sahaja menghulurkan tali persahabatan
tapi aku juga meletakkan sahabat itu di hati ini.
waktu itu, aku benar-benar berada di puncak remaja
segala-galanya bergerak dengan kompleks
aturan hati kadangkala terkeliru
ada masa terbabas..ada masa tertinggal..ada masa aku berlari mengejar
kadangkala terlupa untu meneliti apa yang terbaik
maka ada persahabatan yang terputus
maka tika itu, aku meminggirkan diri dan mengetatkan hati kepada sesiapa
bukan sombong atau memilih tetapi aku takut
takut dilukai ..
takut dikhianati
cukup-cukuplah sekali sahaja.
tapi dia berikan aku satu senyuman
senyuman yang merobohkan ego si comot ini
puas aku mengelak tapi dia cukup comel
comel sehingga aku ketawa kerana dia begitu lurus
lurus tapi baik.
padahal dalam masa setengah tahun pengajian aku..
aku tidak pernah terkesan dengan kehadirannya
dunia aku begitu sempit tika itu..
dia pun sama..tidak pernah rasai kehadiran aku
aku ke kiri dan dia ke kanan
malah kami tidak pernah bertukar no telefon
padahal kami sama kelas, sama aturan jadual
tapi kami belum pernah bersahabat
belum pernah ingin mengenali
kuasa Allah
kami bersahabat ...
berkongsi masa, rasa ...menelaah bersama
dia memberikan aku seribu rasa dalam erti persahabatan
dan telah aku pahat sedalam-dalamnya dalam hati yang paling dalam
pernah seorang teman bertanya
kami bersahabat atau turut bercinta
menggila adrenalin aku masa tuh...
mana mungkin aku mencintai sahabat sendiri?
serius... aku bukan insan yang seperti dlam drama DHIA yang tengah hot skrang..bagaimana seorang sahabat mencintai kawan baiknya
tidak...
aku tidak pernah mencintai dia'
aku mencintai pershabatannya sahaja
itu janji aku terhadap dia
aku dan dia berikrar bersama-sama agar jangan goyah terhadap cakap-cakap orang
NAMUN
tiada benda yang berkekalan dalam dunia ini
apa yang aku takuti tetap terjadi
dia lupa pada janji2 yang kami telah pahat
LUPA untuk setia
aku tak pernah meminta lebih dalam persahabatan ini
malahan aku hanya tuntut janji untuk terus bersahabat
namun dia sendiri merobek kesucian sahabat kami
pernah aku berpesan
'kalau terbit curiga , rujuklah pada empunya, jangan menghukum dulu'
bila mendekati,kau menjauh
bila menjauh, kau terus menghilang
tanpa khabar,tanpa berita
aku tertanya
aku termangu
sudahnya aku hanya sampai salam melalui angin
aku terima kelemahan kau , kenakalan kau,
atas nama sahabat
aku terima segala-galanya
bila kau menipu...aku maafkan
bila kau tak menegurku..aku maafkan
bila kau pinggirkan aku..aku tetap maafkan
tapi bukan ...
tuduhanmu yang menyatakan aku suka padamu
tohmahanmu yang menyatakan aku mengejar2mu!
anggapanmu salah!
kenapa begini akhirnya ...
kalau dulu, bisa aku sembuh kerna ada kamu...
kini aku hanya mampu agar masa mengajarku melupakanmu
sebagaimana kau melupakanku...
kini bertahun-tahun masa berlalu
aku janji untuk terus hidup
dengan melenyapkan rasa persahabatan ini
tidak lagi aku menanti
tidak akan aku bertanya
tidak sama sekali wahai sahabatku!~
namun,
bila melihatmu senyumanmu tika kau menghulurkan utusan perkahwinanmu
aku terduduk dan terdiam
kenapa ya?
tiada rasa marah bertandang
sedar-sedar rupanya...aku tidak pernah melupakanmu
malahan genbira dengan khabr itu
aku turut gembira
memang wujud rasa marah..tapi kali ini aku redha
buat AAM,
TERUSLAH BERBAHAGIA
JAGALAH AMANAH YANG TELAH DIBERI
SEMAILAH KASIH DAN CINTA SELAMANYA KEPADA ISTERIMU
KINI ISTERIMU ADALAH SAHABATMU DUNIA AKHIRAT
jangan risau... kemaafan itu masih milikmu
1 comment:
SELAMAT PENGANTIN BARU buat AAM & ISTERI....semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....
aku juga pernah merasai kehadirannya walaupun seketika...
"bila mendekati,kau menjauh
bila menjauh, kau terus menghilang
tanpa khabar,tanpa berita
aku tertanya
aku termangu
sudahnya aku hanya sampai salam melalui angin"
Post a Comment