please clik eh..

Wednesday, June 15, 2011

di mana cantiknya seorang wanita....

lately, aku selalu lepak kat satu blog ne
aku suka tengok gambar-gambarnya yang sangat cantik dan ceria
melihat keindahan kaum sendiri adalah minat yang tak dapat disangkal
minat tengok je..bukan minat kaum sendiri...

melihat wanita lain yang gah bergaya,
senyuman yang manja
lesung pipit pemanis wajah
adakalanya aku sendiri tak terlepas dari menatap wajah kurniaan Allah
bagi lelaki..itulah NIKMAT DUNIA!

Tapi aku agak terkedu apabila blogger ini menyatakan bahawa kalau memakai tudung , susah nak cari job di luar negara...membuatkan aku berfikir banyak kali. betul ke?

bertudung dan berhijab bukan halangan untuk berjaya di dunia ini
banyaklah contoh-contoh positif kejayaan wanita  berhijab...trylah google ...

aku mengenali kakak kepada teman aku yang hidup di UK
kakak dia ne memang best student  dulu-dulu...
memang pandailah....sampaikan dapat biasiswa hingga peringkat PHD dalam bidang perubatan..

setelah habis belajar, pihak hospital di mana tempat kakak dia practical sedang mencari seorang doktor baru..
sebagai anak melayu  waktu ini(zaman itu memang tak ramai student melayu)
kakak dia pun apply dengan harapan yang tinggi... kira-kira 200 orang dari seluruh dunia yang turut apply tapi pihak hospital hanya nak 4 orang sahaja.... Leh imagine tak?

yerlah..... ingat mudah ke dengan waktu itu sentimen anti Islam sangat kuat di UK
jadi peratus kejayaan adalah 10 % je..perempuan Islam pulak itu....

tapi kalau sudah tertulis di luth mahfuz yang itu adalh rezeki kita,,,,InsyaAllah pasti jadi milik kita
kakak kawan aku ini berjaya dan dari 4 orang tuh... hanya kakak dia seorang wanita yang terpilih

SEORANG WANITA ISLAM DAN BERHIJAB!

so..... bertudung bukanlah halangan tapi perlindungan 
wanitakan sumber fitnah.....
dan sebenarnya anda lebih cantik malah lagi manis bila berhijab....


TAK PERCAYA?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
AWESOME! 

Gambar dari FB ustaz Azhar Idrus

Friday, June 10, 2011

kerana emak nak vogue... baby sendiri terancam!

statement tak tahan ngeri..
ngeri untuk aku lah..korang hati strong..takpelah
post ne aku dapat dari blog  dr.totin ...ngeri jugak bila baca

yelah...kita ne beria nak bersolek bagai ... meng cun tahap meletops
sedangkan alat komestik yang kita pakai ne bole sebabkan anak sendiri dalam bahaya...

'kamon sarahh....'akak mekap jewwww... bukan buang anak hokeyyyyy'

please all the beauty ladies.... please be carefull
learn the risk before late...
product ne memang banyak jual 
tapi jarang diorang mention bad influence pada orang ramai..
yelah...lingkuplah market diorangkan???
takkan nak potong leher sendiri yer.. i'm rite?

product ne amat berbahaya kepada ibu mengandung....coz ia boleh rosakkan janin ...
lets read post yang Dr.Totin ne bagitahu...
Apakah FTALAT

Ftalat adalah kumpulan bahan kimia yang digunakan untuk buat plastik PVC . 
Ftalat juga digunakan untuk sesetengah bahan kosmetik kita. 
Ftalat ini lah yang akan menjadi punca meracunkan kandungan kita dengan menjejaskan kemampuan pembiakan janin, termasuklah kecacatan sewaktu lahir pada organ pembiakan lelaki. 

Contohnya, elok-elok anak kita lelaki, 
aleh-aleh keluar anak tak ada testis. -_- Anak tak nangis, kita yang nangis. Tsk.

Takpun kenapa bila anak dah besar jadi mandul?
Salahkan emak. 
Salahkan emak yang suka pakai kosmetik bukan bukan sewaktu mengandungkan kita.
Paling sedih, anak kita akan berisiko tinggi terkena kanser testis pabila dewasa,
jika kita menggunakan kosmetik yang mengandungi Ftalat. 


Antara produk yang mengandungi racun Ftalat:-

1. Pewangi Poison dari Christian Dior

    2. Pantene Pro V “Healthy Hold”
      3. Deodoran Arrid
         
        4. Penyembur rambut Aqua Net
          5. Tresor Eau De Parfum
            6. Deodoran intensif 24jam Rexona
              7.  Perfume dari Eternity, Chanel no 5, dan Tommy Girl

                8. Produk penyembur rambut Vidal Sassoon,Essentials dan Tommy Girl


                9. Deodoran dari The Body Shop dan Nivea


                10.Mousse rambut dari Wella dan Studio Line


                Bukan tak boleh pakai, tapi jangan pakai waktu pregnant. To all, please share this ok?
                so mummies, watch out ur cosmetic ok?

                untuk papa,ayah, daddy, walid....please take noted!
                walaupun isteri anda tidak bersolek semasa mengandung..jangan risau... aura seorang ibu akan terpancar dari wajah isteri anda...

                pilihan di tangan anda...
                spread the news please. Take noted.

                fanpage untuk kutuk blogger??? perlukah??



                hidup blogger ne kadang-kadang macam artis jugak
                ada yang suka ..ada yang tak suka....
                tapi perlukah sampai nak create satu fanpage untuk kutuk blogger???

                motip?? 
                ke ko jeles sebab dia beriban follower?
                ke ko bengang nufnang sayang lebey kat dia?
                Ke ko tensen sebab blog dia glem???

                kamonnnla reader yang tak berapa educated ne.....
                konsep blog ne easy je...
                ko suka blog dia..ko follow...ko tak suka...ko pangkah...
                go another blog yang serasi bersama jiwa ko!
                senangkan?

                tak sesak ke jiwa ko nak buat benda yang bukan2 ne?

                kesian jiwa-jiwa yang kosong ne...asyik mengutuk orang je..
                meh sini aku kongsi dengan korang TIP-TIP DARI DR. FADZILLAH KAMSAH
                moga-moga tarbiah skit altitud korang....

                1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.

                2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
                 
                3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
                 
                4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
                 
                5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.
                 
                6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.
                 
                7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
                 
                8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
                 
                9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.
                 
                10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).
                 
                11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya.
                 
                12) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

                13) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

                14) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

                15) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

                16) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

                117) Amalkan bismillah 
                 
                18) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.





                quite 18 ne ...tak menakukan ko ke ??klaulah blogger yang ko kutuk tuh berdoa, naseb koranglah....kerana bagi aku ..., blogger ne dianiaya oleh ko...cepat2lah pohon kemaafan...





                 ya ALLAH..KAU JAUHILAH SYAITONNNNIRAJIM ne dari blogger2 yang ikhlas menulis..


                Thursday, June 9, 2011

                resepi untuk qisha nak gemok bum..bum..bum.. neh....

                today is qisha's monthly checkup
                antara perkara-perkara yang aku tak berapa gemar ialah buat aktiviti-aktivi nela....
                mujur sekarang dua bulan sekali...

                bukan malas tapi setiap kali pei mesti kene marah itu dan ini...
                terutama sekali pasal berat badan dia...tak naik-naik...
                orang lain,,aku tengok.... peha anak orang  tuh...berat jer sekilo sebelah peha....
                tuh belum plus berat lengan..... 

                anak aku ne..baru nak sihat..mesti demam...demam tumbuh gigilah,deman kus..kuslah...
                bila dah demam..payahlah nak naik berat badan....
                sedangkan mak budak yang kalau kene demam pun turun berat badan...nekan pula baby kecil...senang jer nak turun berat badan....

                akak misi tuh pun still kata anak aku masih dalam garisan kuning..
                anyway..garisan kuning adalah untuk garisan antara good condition or bad condition...
                mak aku kalau datang umah dia, memang berbakul -bakul nasihat atau ceramah free tentang cucu kesayangan dia

                kalau orang tanya  napa anak aku kurus sangatttttt???
                aku tak tau nak cakap ape?
                kadang-kadang macam aku buat salah besar ...
                lagi best, kalau orang kata ..mak bukan main besar,...anak nyer halus jer....
                itu memang ayat membengangkan aku hokeyyyyyyyyyy....

                akak misi suh bg anak aku makan makanan berminyak dan berlemak skit....
                more cheese, more egg....but ingat  

                'Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.'

                so aku siap2 googgle recipe untuk baby 10 month...macam-macam ada...
                yang nak kenal2kan ulam pada baby pun ada..cam resepi di bawah....

                1...dapat dari myresipi.com ~

                ~ bubur bayi sihat

                Bahan-bahan ( 1 orang )

                • 1/4 cawan beras
                • 1 ketul dada ayam (ambil isinya)
                • 2 cm lobak merah (potong kecil) & 2 cm celery
                • 5 helai daun pegaga
                • secubit garam & secubit gula

                Cara-cara

                1. Basuh beras seperti biasa.
                2. Bersihkan ayam, lobak merah & pegaga.
                3. Masukkan ke dalam periuk semua bahan2 tersebut, tambahkan secubit garam & secubit gula. Isikan dengan air & jerang di atas dapur.
                4. Kacau sekali- sekala. Apabila beras telah mengembang dan air telah sedikit kering, tutupkan api.
                5. Biarkan agak sejuk seketika. Blender bubur tadi mengikut citarasa masing2. Jika hendak membuat bubur cair, tambahkan sedikit air. Jika perlukan bubur yang pekat tidak perlu ditambah air.
                6. Selamat menjamu Si Manja!! 

                                                                       ~ bubur bayi sihat lagik 


                Bahan-bahan ( 1 orang )

                • 1 cawan nasi
                • 1 ekor ikan rebus goreng (ambil isi)
                • 1 cawan sayur bening
                • *sayur bening (Masakkan semua bahan dibawah sehingga air mendidih)
                • 1 biji bawang merah & 1 biji bawang putih (di mayang)
                • 3 pokok baby kailan; 2 cm lobak merah; & 2 cm celery
                • 1/2 sdt garam & 1/2 sdt gula
                • 3 cawan air

                Cara-cara

                1. Masukkan nasi, isi ikan, dan sayur bening ke dalam pengisar. Kisarkan mengikut citarasa masing2.
                2. Sedia untuk disuapkan kepada bayi.

                 2. resepi berunsurkan buah-buahan

                ~ tauhu mangga-



                Bahan-bahan ( 1 bekas )

                • 2 keping tauhu
                • 1 biji mangga masak

                Cara-cara

                1. Kukus tauhu sehingga masak. Potong dadu dan ketepikan.
                2. Blend mangga untuk dijadikan puree. Tak perlu tambah air.
                3. Tauhu tadi dipotong kecil. Tuang puree mangga ke atas tauhu.
                4. bagi bayi anda makan

                ~ fruit lenyek-lenyek( aku pun  tak tau nama resepi ne...tibai jer)

                Bahan-bahan ( seorang )

                • 1/2 batang carrot (buang kulit)
                • 1/2 biji buah pir @ lai cina (buang kulit dan buang biji dia)
                • 1/2 biji buah epal merah (buang kulit dan buang biji)
                • 1/2 cawan air

                Cara-cara

                1. potong carrot,pir & buah epal ikut suka anda..nak bulat ke,nak dadu ke..
                2. panaskan air 1/2 cawan tu dalam periuk yang bertutup.
                3. bila da nampak rona2 air tu menggelegak..masukkan bahan yang dipotong tadi..tutup periuk tersebut. biarkan sampai bahan2 tu lembut (try cucuk pakai garfu). pastikah api perlahan ye.
                4. bila da lembut sume bahan,tutup api. kisar @ lecek bahan tersebut. nak bagi suam kuku bole. kot nak sejuk, letak dalam tupperware bertutup dan simpan kat dalam peti es.
                5. tadaa!!!sedia untuk dimakan!! 
                6.  
                7.  
                ~Kentang, Brokoli, Keju Berkrim

                Sesuai untuk bayi umur 10 bulan ke atas...

                Bahan-bahan

                * Kentang saiz kecil 1 biji
                * Keju cedar 1 keping
                * Brokoli 2 'pokok' kecil
                * 2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.

                Cara membuatnya

                * Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
                * Rebus brokoli sehingga masak.
                * Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
                * Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.


                ~Bubur Oat, Ikan dan Saderi

                Bubur ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.


                Bahan-bahan

                * 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
                * 10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
                * 1 helai daun sedari
                * secawan air

                Cara membuatnya

                * Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
                * Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
                * Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
                * Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
                * Hidangkan.

                ~ Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

                Resipi untuk bayi 6 bulan ke atas...

                Bahan-bahannya

                1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
                1 sudu lobak merah dadu
                1 sudu kacang pis beku
                1/2 cawan air
                3 sudu susu ibu/formula dibancuh
                Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
                Masak api kecil sehingga empuk.
                Setelah empuk, masukkan kacang pis.
                Masak 5 minit.
                Masukkan susu, kacau.
                Hidangkan.
                Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan


                ~ Bubur Nasi dan Kurma


                Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.

                * 3 sudu nasi yang telah dimasak
                * 1/4 cawan air suam
                * 2 biji kurma dibuang bijinya

                Caranya...

                * Masukkan semua bahan dalam pengisar
                * Kisar halus
                * Hidangkan

                selamat mencuba... qisha meh nganga...kita gemuk sesama k???hikhik

                Wednesday, June 8, 2011

                kisah lawak seorang guru...lawak giler

                 salam...uit...borink betoi ari ne...

                kat luar plak ujan .... kalau dapat bantal tido kat desk opis ne memang nikmat la...

                aku nak berkongsi satu cerita yang aku dapat dari HERE

                Sangatlah menggeletek usus aku dan ilang terus ngantuk aku...hehehe...

                meh baca berjemaah reramai....


                Taufik Dan Dian

                Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.
                Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

                Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

                Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

                Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

                Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

                Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

                Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

                Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

                Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

                Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.
                Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

                Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

                Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

                Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

                Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

                Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

                Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

                Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

                Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemuDIAN

                Cikgu Ajoi :@$%&#^%

                hahahaha

                Tuesday, June 7, 2011

                mencintai Islam dari kecil

                artikel ne aku dapat dari email yang diforward dari rakan...
                bila aku baca..naluri hati seorang ibu terasa sayu...
                mampukah aku mendidik sebegitu rupa?
                berjayakah aku menjaga amanah Allah???
                Ya ALLAH..permudahkan urusan aku membesarkan zuriat ku ke jalan Allah...



                semoga cerita ini menjadi pengajaran dan iktibar....




                 
                Subject: FW: BERBALOI PENAT LELAH KU......from FB Wardina


                Dear mums AND DAD and all my fren... 
                 
                I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my
                penat lelah paid off... 
                 
                I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...
                we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...
                tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....
                she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat.
                I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....
                But it is very important to keep this in mind:- 
                 
                1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti
                we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat 
                 
                2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. 
                (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) 
                lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - 

                i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....

                 pesanan:

                :- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti  

                - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 tahun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! 
                "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!" 
                 
                3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....
                 TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat..... 
                 
                4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away. 
                (yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness) 
                 
                5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i
                 take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, 
                 and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! 
                (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) 
                But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun. 
                 
                Macam ni ceritanya,
                 
                i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what???? 
                 
                She was actually praying her Asar prayers...
                i wanted to pengsan and cry...
                she did all by herself.... 
                i pun told her how happy and how proud i was of her...
                i tanya dia kenapa? 
                dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini. 
                 
                Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....
                and called nenek at Australia...
                now im sharing with all of you!!! 
                Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!! 
                 
                And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!
                 
                 
                I love you all!!! Good night.....
                 
                 
                ** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....
                 


                 
                 
                 
                 subhanallah.....sedangkan si kecil ini amat memahami tanggungjawabnya...inikan pula insan dewasa yang boleh  berfikir...wajarkah kita tinggalkan solat kerana dunia???

                happy weekend..........

                last week banyak betol kenduri kahwin...
                tapi satu pun tak dapat hadir sebab all my family  datang ke teratak burok aku kerana menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu ayah aku...

                perkhawinannya dekat je..dekat dewan perbadanan putrajaya yang sekangkang kera je dengan opis aku....tak sampai 10 minit pun

                pengantinnya cantik..
                makanannya pun sedap..
                decoration pun meletops..
                penyanyi jemputan pun sedap...
                yang paling aku suka adalah sepanjang majlis berlalu..banyak tol lagi anuar zain...
                heavenla kannnnnnnnnnnn?/hikhikhik



                perantin yang sama padan

                tapi first timelah aku tengok pengantin lelaki sendiri baca doa..
                sian..agak tergagap jugaklah..mau taknya.....depan tetamu tuh weiiii...
                kalau akulah...idak le ...menggigil wooooooo.............
                mujur perantin tak bersilat sendiri..hikhikhik...









                kan best kalau hari2 dapat bersama-sama dengan mereka........






                Monday, June 6, 2011

                jom joint giveaway...



                kawan-kawan blogger...jom joint giveaway dari rakan blogger kita.....hadiahnya menarik juga..... meh la joint..sama-sama meriahkan GA blogger ne..

                mane tau....boleh menangkan???hehehehehe

                apabila lil q study A.B.C......huru hara jadiknya!



















                ummi..... boringlah baca..meh nak rasa jap...adoi!












                dear qisha.... happy 10 month.... my love always for you..moga sihat dan ceria..jadilah nur di taman Islam...