please clik eh..

Wednesday, November 30, 2011

tahu lah malam ne malam khamis....

jarang hubby aku buat lawak pagi...

serius beb... pagi ne the best lawak hubby aku buat..ne gara-gara panggilan hangitla

sape dengar panggilan hangit hotfm pagi ne?
pasal ada seorang ne kene panggilan hangit sebab dia tak ambik ic yang dibuat baru..
ic dia hilang...dia dah buat tapi tak ambil2 ic dia
so isteri dia pakat dengan kru hotfm untuk kene ngan husband dia sebab lengah2kan ambik ic.

so si FBI pun pakat2lah kenekan cik abang yang malang ne
FBI soalsiasat pasal rukun negara ...tergagap cik abang ne menjawab

the best question is...(Lebih kuranglah ayat aku karangla

FBI : NAMAKan sungai terpanjang di Malaysia?

si hangit : sungai Long.... (time ne memang kami terbahak2 gelakkan si mamat ne...tapi logik jawapan diakan?????

FBI : Salah!

si hangit : er...sungai lui...

FBI : Sungai lui tuh lagu aizat

si hangit : mana tahu... dah dia nyanyi lagu tuh...( apelah mamat ne...)

the rest korang dengarlah sendiri..kui..kui..kui

suami aku tergelak memang tahap cipan...

dalam lif, dia masih gelak2...

aku pun dengan best tanyalah si hubby aku tu
'amboi sedap betul gelakkan orang....abang tahu ke jawapan dia?

hubby : ala..senang aje...sungai RANJANG!

terbeliak mata aku dengar 'OI BANG OI.... SUNGAI ReJANGLA BANG OI!
HAHHHHH,,jawapan ko memang konfidentkan????
last-last ...jawapan ko lagi dasat!

aku tahulah malam ne malam khamis..
nak bagi signal ke?
kot-kot nak horny...baru kul 7.45 pagi bang oi!

hehehe

Monday, November 28, 2011

apabila melihat dia berbahagia


aku jarang bercerita tentang personal life like may bff, my family ..
means secara detail dalam blog aku..
tak semua aku mampu untuk aku menumpahkan segala dalam penulisan di blog

aku kalau bole memang nak bercerita
tapi tiada kekuatan ke arah itu
kisahnya...aku biarkan rasa itu berlalu saja


tapi kini aku ingin bercerita tentang sahabat
dia paling banyak meninggalkan kesan dalam hidup aku...
sehingga kini ...masih terasa kehadirannya
masih belum berlalu ia pergi meninggalkan aku

aku ini insan comot
secomot seperti lukisan yang dilukis tanpa hati..
tapi dia terima aku dengan baik
terima kecomotan aku
terima kenakalan aku
terima ketidakpandaian aku
terima aku yang kurang moral

dengan dia...aku tidak perlu berpura-pura
menipunya pun aku tidak pernah
apatah lagi berlakon dengannya
pandangannya acapkali menundukkan kenakalan aku

penerimaannya terhadap si comot ini
benar-benar menjentik hati aku untuk hulurkan persahabatan

aku mudah berkawan tapi tidak mudah menerima sebegitu sahaja
payahnya bila aku menerima seorang sahabat
aku bukan sahaja menghulurkan tali persahabatan
tapi aku juga meletakkan sahabat itu di hati ini.

waktu itu, aku benar-benar berada di puncak remaja
segala-galanya bergerak dengan kompleks
aturan hati kadangkala terkeliru
ada masa terbabas..ada masa tertinggal..ada masa aku berlari mengejar
kadangkala terlupa untu meneliti apa yang terbaik

maka ada persahabatan yang terputus
maka tika itu, aku meminggirkan diri dan mengetatkan hati kepada sesiapa
bukan sombong atau memilih tetapi aku takut
takut dilukai ..
takut dikhianati
cukup-cukuplah sekali sahaja.

tapi dia berikan aku satu senyuman
senyuman yang merobohkan ego si comot ini
puas aku mengelak tapi dia cukup comel
comel sehingga aku ketawa kerana dia begitu lurus
lurus tapi baik.

padahal dalam masa setengah tahun pengajian aku..
aku tidak pernah terkesan dengan kehadirannya
dunia aku begitu sempit tika itu..

dia pun sama..tidak pernah rasai kehadiran aku
aku ke kiri dan dia ke kanan
malah kami tidak pernah bertukar no telefon
padahal kami sama kelas, sama aturan jadual
tapi kami belum pernah bersahabat
belum pernah ingin mengenali

kuasa Allah
kami bersahabat ...
berkongsi masa, rasa ...menelaah bersama
dia memberikan aku seribu rasa dalam erti persahabatan
dan telah aku pahat sedalam-dalamnya dalam hati yang paling dalam

pernah seorang teman bertanya
kami bersahabat atau turut bercinta
menggila adrenalin aku masa tuh...
mana mungkin aku mencintai sahabat sendiri?
serius... aku bukan insan yang seperti dlam drama DHIA yang tengah hot skrang..bagaimana seorang sahabat mencintai kawan baiknya

tidak...
aku tidak pernah mencintai dia'
aku mencintai pershabatannya sahaja
itu janji aku terhadap dia
aku dan dia berikrar bersama-sama agar jangan goyah terhadap cakap-cakap orang

NAMUN

tiada benda yang berkekalan dalam dunia ini
apa yang aku takuti tetap terjadi
dia lupa pada janji2 yang kami telah pahat
LUPA untuk setia

aku tak pernah meminta lebih dalam persahabatan ini
malahan aku hanya tuntut janji untuk terus bersahabat
namun dia sendiri merobek kesucian sahabat kami

pernah aku berpesan
'kalau terbit curiga , rujuklah pada empunya, jangan menghukum dulu'

bila mendekati,kau menjauh
bila menjauh, kau terus menghilang
tanpa khabar,tanpa berita
aku tertanya
aku termangu
sudahnya aku hanya sampai salam melalui angin

aku terima kelemahan kau , kenakalan kau,
atas nama sahabat
aku terima segala-galanya
bila kau menipu...aku maafkan
bila kau tak menegurku..aku maafkan
bila kau pinggirkan aku..aku tetap maafkan

tapi bukan ...
tuduhanmu yang menyatakan aku suka padamu
tohmahanmu yang menyatakan aku mengejar2mu!
anggapanmu salah!

kenapa begini akhirnya ...

kalau dulu, bisa aku sembuh kerna ada kamu...
kini aku hanya mampu agar masa mengajarku melupakanmu
sebagaimana kau melupakanku...

kini bertahun-tahun masa berlalu
aku janji untuk terus hidup
dengan melenyapkan rasa persahabatan ini
tidak lagi aku menanti
tidak akan aku bertanya
tidak sama sekali wahai sahabatku!~


namun,
bila melihatmu senyumanmu tika kau menghulurkan utusan perkahwinanmu
aku terduduk dan terdiam
kenapa ya?
tiada rasa marah bertandang
sedar-sedar rupanya...aku tidak pernah melupakanmu
malahan genbira dengan khabr itu

aku turut gembira
memang wujud rasa marah..tapi kali ini aku redha


buat AAM,
TERUSLAH BERBAHAGIA
JAGALAH AMANAH YANG TELAH DIBERI
SEMAILAH KASIH DAN CINTA SELAMANYA KEPADA ISTERIMU
KINI ISTERIMU ADALAH SAHABATMU DUNIA AKHIRAT





jangan risau... kemaafan itu masih milikmu

Thursday, November 24, 2011

ko pecat jelah tukang audit tu...wahai AIM!


sekarang ne macam-mAcam kisah hot...
pasal bolaLAH...
pasal gelagat penyokong indonesiaLAH...
pasal laman web 1Malaysia   ne kene hackla

dan paling tak best,.....
ialah kecoh pasal kemenangan Yuna yang ditarik balik sebab pihak audit tersalah kira...
dalam kenyataan media menyatakan kesilapan tersebut adalah disebabkan kerana pekerja yang mengira undian adalah pekerja baru....
kamonnnnnnnn.. Syarikat E&Y tuh bukan  sembarang syarikat hokeyyyyyyy

ok..yang pekerja tuh baru....takkan orang atasan diapun baru...bos yang atas-atas tuh pun takkan tak check...takkan membabi buta bagi keluar keputusan?

plislah.....kesilapan ne membabitkan kreadibiliti dan maruah orang...syarikat ko pun akan terjejas!
ntah..ntah...anugerah yang lain pun tersilap...mane tahukan?

kesian yuna...lagi kesian kat anuar zain yang tak pasal-pasal kene menjawab....
respek aku bila yuna rileks jer datang pulangkan trofi....mujur takder duit kaaaaaw!
Kalau tak lagi haru.....
anuar zain pun tensen nak dapat anugerah tuh....


aku harap kes-kes macam ne tak berulang...
bukan saja dalam kes anugerah...dalam ape - ape pun..tolonglah ambil iktibar

pernah masa result SPM keluar... adalah sepupu aku tuh result dia memang cemerlang..
bayangkan semua subjek dapat A..last...last subjek  tasawwur dapat b...
tak logiklah beb sebab subjek ne sangat senang..lagi senang dari subjek agama islam...
jadi sepupu aku pun buat permohonan untuk semak semula kertas jawapan dia...
at last... keputusan sebenar dia adalah A hokeyyyyyy!
gila-tak gila time tuh aku rasa....ne masa depan orang beb!sesukati je kaw nak salah tanda kertas!

aku pun beria-beria nak checkkeputusan aku...
konon -konon aku rasa fizik aku tuh takkan teruk sangat....
tak sempat cakap ngan tok man..terus kene hambur....

tok man: buku fizik ko tuh aku tengok tak habis2 buat latihan...ne nak check semula..dari dapat dah elok dapat terus kang sebenarnya f....
ceh tak menyokong lansung!
tak mo kawan ngan tok man!



anyway..... tahniah anuar zain sebab menang dan yuna ..don worry...u'r still the winner!

moral : hari tuh berdekah si hubby gelakkan aku yer... mulai jam sekarang...aku akan pasang lagu anuar zain selama sebulan kat rumah....RASAKANNNNNNNNNNN!
perasaan ne sama macam malaysia kalah indonesia...best tol!

Wednesday, November 23, 2011

kata laluan


aku dapat email peringatan dari bahagian ICT opis aku about password yang selalu kita log in boleh dicerobohi kerana begitu senang diteka oleh penggodam....
so aku nak kongsi lah dengan kengkawan blogger....

1. password
2. 123456
3. 12345678
4. qwerty
5. abc123
6. monkey
7. 1234567
8. letmein
9. trustno1
10. dragon
11. baseball
12. 111111
13. iloveyou
14. master
15. sunshine
16. ashley
17. bailey
18. passw0rd
19. shadow
20. 123123
21. 654321
22. superman
23. qazwsx
24. michael
25. football----> kalau harimau malaya boleh??hehehe

betul atau tidak..kalau nak selamat...korang letak password yang terjangkau akal!

seperti : anuARZAINalwayinmyheart69...gila dasat tak password ne?

Tuesday, November 22, 2011

harga sebuah kemenangan...........


oh yes...malaysia juara bola sepak bagi sukan sea 2011...
memang berdebarlah semua orang ..tak kiralah samada peminat malaysia...atau indonesia!
mahunya tak... bila first gol untuk indonesia...semua dah kalutkan....
bila malaysia gol....indonesia pulak seram sejuk!

yang bestnya...aku outstation ke shah alam...
so tak dapatlah nak joint ngan hubby kat rumah...
malam final games tuh , aku kat ICITY...
Orang lain sibuk bagai..aku boleh merayap ke ICITY tuh
sudahlah hujan...tak pasal2 nak harung hujan...

tapi dalam i-CITY tuh rupanya dah pasang screen besarrrrrrrr punya!
jangan cakaplah manusia kat situ semua berhimpit-himpit tengok bola live...
memang havoc ...makcik kiah .kak jah...semua sama melangut....

aku ngan aina ..jalan -jalan sekejap je...
petik2 gambar sana sini...pas tuh chow..lebih kurang sejam je..
serius..i-City...MEMBOSANKAN...
harga pun quite mahal....
hahahahha....
oleh sebab nak jimat..padahal takut nak tido hotel sorang...
aku tumpang rumah atok sedara aina ne....
balik2..atok lelaki ...tengah layan bola...masa tuh dah penalti...
masa menang  tuh...sempat jugaklah aku jointtengok....takut jugak nak jerit kuat2
sebab ada pulak si bibik ne..merajuk pulak nanti...esok2 ko makan2 kat kedai...
hehehehe...

tapi...
kemenangan ne..adalah kemenangan moral...

bak kat oks '

“Kami bukan saja diuji secara fizikal, malah mental juga,” kata Kim Swee.

menentang moral penyokong indonesia tahap kasut!
its just a game...yang ko haruk menggila tuh pehal?

Diejek “Balik! Balik!” oleh ribuan penonton dengan sebahagian besar daripada mereka termasuk kanak-kanak menunjukkan isyarat jari hantu dan penumbuk, kami terasa betapa ceteknya mentaliti mereka sebagai tuan rumah temasya yang sepatutnya menjalin perpaduan di kalangan negara rantau Asia Tenggara. 

puas hati ke bila dapat maki malaysia?
happy ke dapat bakar bendera kami?
seronok ke ejek2 lagu negara orang?

apa yang kamu dapat wahai indonesiannnnnnnnnnnnn oi?
emas tak dapat... 
dapat malu adalah....
semakin kuat korang kutuk malaysia...semakin hina orang pandang negara kamu...


inikah akhirnya riwayat kaki bola?? sedih!
sudahlah...sudahlah...
ok...kita tumpukan games akan datang...pas ne kalau ada rezeki kita g OLIMPIK!


aku doakan korang berjaya ..harimau malaya!




senaman cuci mata...

DALAM PIC NI ADA GAMBAR SEEKOR KUCING..TRY CARI...

Monday, November 21, 2011

cuti seketika........

lama dah plan nak cuti ...nak rehatkan otak aku ne supaya tak tambah mengong....hahahah
tak jauh pun....kat cameron jer...duduk pun kat rumah persekutuan tuh ha...
last time aku dok kat RPP Cameron ne..
masa aku honeymoon.... dua taun lepas...
hahahaha.... plan nak honeymoon kali kedua kunun...
tapi pekebendanya honeymoon celah2 mak bapak akukannnnnn????
so kita kene duduk sopan-sopan... /..>


ne masa dah nak checck out dari RPP Cameron


RPP Cameron ne murah jer...
ada pelbagai harga ...bergantung pd kelayakkan gred memasing...
macam aku... hajat nak book bilik besar tapi nan ado..
so book bilik biasa dengan harga only rm25 per nite! murah kan????
kalau tempah dua bilik...dapat bilik yg ada laluan tengah..


so macam si qisha tuh...sekejap hulu sekejap ke hilir...
tapi bilik tu very basic.... tuala percuma pun takder bai.... naseblah kalau tak bawak tuala...
either ko gulung pakai cadar atau sejadah.....hahahaa...
kalau ada laki.... ko peluk je lah...hehehe...gatai!


aku ne set bagai baju sejuk si Qisha tuh...kot2la sejuk bagai.... demam kang..tak ke naya???
dari nak ilang stres..terus tambah azab...
nak rak aku packing...stokin la... baju sejuk la...baju lengan panjang jer berhelai2....
baru g cameron.... kalau g oberceee???? cemane gammak aku packing bai...


last-last.... minah tuh rilex je...
tidor pun tak nak selimut...
berpampers ke hulu hilir...otai gila!


qi n tok mi




ohh...cameron dah tak berapa sejuk macam dulu...
aku ne bangsa ...sejuk sgt takleh...panas sangat pun takleh,....kene suamsuam kuku je badan aku ne...
tapi memang dah tak sejuk seyyyy..... beza dgn 10 tahun lepas....
maybe dah byk hutan kene tebang nak buat kebun....





heran aku..
the main thing..manusia dtg cameron nih sebab nak lepak2
sedut2 hembus udara segar...
makan-makan sayur segar....murah2...
jagung manis...fresh dari ladang
masam masam manis strawberrykan???


tapi...
kalau cuaca pun dah ala2 kat kampung aku je...
sayur pun dah tak banyak choice
even...kedai jual bunga pun tak meriah macam dulu....
pekejadah bai??


aku tau ko nak untung lebey...sebab permintaan bertambah
sampai ko tarah semua bukit yang ada....
tapi kalau dah semua ko nak gondolkan...
cuaca pun tak sejuk sangat ...udara pun tak fresh...
apa guna ko nak cucuk bagai?????
yang rugi korang jugak...
kamonla....upla mind korang...
patutlah si karam walia tuh marah bebenor...


aku tak dapat bayangkan cameron 20 tahun akan datang...
maybe suhu di sana adalah lebih kurang suhu macam bukit belakang umah aku je waktu pagi...
maka lebih baik aku berkelah di sana saja....jimat duit..jimat minyak...makan pun free sebab suruh mak masak....hahaha


lagi satu.....aku dok peratikan....
where 's malaysian workers?
hurm.... again..again....same story...
bukan aku anti foreigner workers tapi.... its reality...
bila ruang pekerjaan warga tempatan kian sempit...
samada ko memilih atau orang tak memilih kau!


eh...emo pulak??
kan tengah citer tang holiday..... hikhik...


trip kali ni , pak bakar iaitu merangkap abang kepada tok man dan zana , dak opis aku...
tapi aku kesian pak bako sebab aku dia datang pada hari kedua malam..
so...hari last day barulah sempat jenjalan...


ala... its only cameron.... tak payah citer byk2kan?
jom layan gambar dulu...


ntah ape si adam ne bebel....si q tak lepas kaki si hubby aku....sampai je cameron terus tak nak jalan...nak minta dukung je..so aku kan tak larat maka bapaknya la dukung ke hulu hilir....

dari dulu aku selalu teringin nak stay kat kuarters pekerja ladang boh ne....  look ohsem kan?

datin-datin

datin bergambar..... posisi yang tidak menarik! cis!

datin hepi peace!!!!!!!!!!!!!


overall....trip kali ne biasa je...
takde yang menarik...
maybe nex year.... tukar angin la pulak...
huhuhu..
neway dah nak cuti sekolah...konfem jem ...

Thursday, November 10, 2011

oh...maid....

tadi aku baca blog kak d...
aku ne kalau tak baca blog kak d....memang tak sah...
tadi kak d story pasal ada reader dia suh story maid dia yang lari ikut jantan indon...
tak abis2 kisah maid nekan..tapi yang aku heran...yang kene menanggung derita adalah tuan empunya....
takdelah pulak aku dengar polisi kerajaan yang cakap..maid mane yang lari...company yang supply tuh kene tanggung...
yelah...saper suruh bagi product tak berkualitikannnnnnn? kalau free tak per...ini tak..beriban kene bayar....

agak2 kalau korang ternampak....korang report lah kat empunya tuan .....



 
 
Assalam kak di,

nak minta tolong.. my maid baruuuu melarikan diri ikut jantan kontrak. huhu.. attached tu gambar dia. nama RUHAETI. Asal Jawa Barat. Nak mintak tolong publishkan gambarr dia dalam blog kak di boleh tak? Biar majikan laen tak terkena.. saya pon dah create group page dekat FB. Kot readers Kak Di yang maid dia lari, soh dia upload gambar maid tu dekat page ni ye dengan details sekali.

http://www.facebook.com/pages/Pembantu-Rumah-Lari-The-Runaway-Maid/263889996989901

Thanks a lot kak di!
--
love,
perfumeRack
http://perfumerack.blogspot.com

wacth out!

kene tag la.........




aku jarang di tag..ke tak pernah di tag?
ntah...tetiba ex-hosmetmet aku tag aku...
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... tengok soklan jer aku dah rs tak best...
mcm kene soal siasat....
borang kawin pun tak tanya soklan cenggini...huuuhuuhu
tapi demi akak yanti yang sgt aku sayang.... must buat!
janji lepas ne ko buek kan den sambal ikan ko yang melotop  tuh  taw!

 jom......

rules to tag~

♥ each person must post 11 things about themselves in their journal
♥ answer the questions the tagger set for you in their post and create eleven new questions for the people you  tagged to answer
♥ you have to choose 11 people to tag and link them to the post
♥ no tags back
♥ no stuff in the tagging section about you and tagged if you are reading this, you legminately ( aka really, trust with all honesty) have to tag 11 people 
  •   each person must post 11 things about myself in my journal....
  • - blum abis bayo utang ptptn ..hahaha
  • malas nak beranak lagi....kuang..kuang...sebab takut kene bedah lagi pastuh kene ngadap dr lelaki !
  • fanatik ngan ANUAR ZAIN..... tak pernah berubah rasa terhadap singer lain..hahah
  • suka maki orang...naseblah kalau kene ngan aku...
  • teringin nak tanya RM....nak joint g gym tak ngan aku??hahahahaha....
  • aku suka bos baru aku skang ne aka DR ZUL... dia best dan sporting!hahaha
  • aku tak boleh blah dengan orang yang asyik nampak salah orang jer....lempang guna kaki baru taw!
  • aku harap anuar zain tak kawin sampai tua....he's mine! keji kan?
  • aku malas nak bgun malam buat susu QIshA..so aku dah sub contract dengan laki aku... abang buat susu Si Qisha..nanti upah susu aku...hahahahahahahha...ok..tak lawak!
  • kalau ditakdirkan aku pregnant lagi...dapat boy...kompem..nama depan must be shahrul.... kemungkinan shahrul anuar bin zain..eh silap..bin sahalan bin sarian...huhuhuhuh
  • aku nak kuruskan badan..tapi asyik niat jer memanjang...hampeh tol!
~11 untuk kamu~

♥ apa menu pertama korang pernah masak ??
jap ek...nak tanya laki aku menu apa dia masak tok aku? ~hehehe
♥ cara korang hilangkan stress/tension??
liquid word 'stress/tension'..hehe
♥ korang suka tengok filem/drama dari genre apa??
romantik dan citer tuh yang akhirnya heroin dia menang! ade ek?hihihi
♥ kat mana tempat dating pertama korang??
JJ BALAKONG rasanya....tak pun ALAMANDA....
♥ pernah tak korang jumpa hantu??
dalam tb! 


♥ kali terakhir korang menangis??
 hari -hari menangis dalam ati....


♥ mimpi yang paling menyeramkan pernah korang alami??
kene bayar utang suddenly!
♥ macam mana nak tahu bila kita jatuh cinta??
aku pun tak tahu....
♥ perangai/sifat yang korang paling tak suka??
malas memasak
♥ perkataan yang selalu korang sebut bila marah??
celaka, babi, sialpaling, bangang->>> kaki maki katakan...hahaha
♥ kali terakhir korang check gigi??
sebelum beranak sebab diwajibkan preggy mom check gg...
 
♥ you have to choose 11 people to tag and link them to the post...
sape nak tag ne..copyla sendiri.....aku kan malasssss! 
tq kak yanti.... lama betul tak jumpa akak.....

Wednesday, November 9, 2011

art in islamic way....





aku ne teringin nak hias bagai rumah aku tuh..
tapi masalahnya... harga bagi perhiasan rumah kadang2 rege macam tak boleh blah.... continya mcm lukisan2 nak gantung kat dinding ..harganya mencecah ratusannnnnnnnnnnnn!

mau jilat2 lukisan  tuh klu lapar!

kalau agak2 nak berangan , nak hias ala-ala inggeris celup.... pergh... vantage tuh...kalau ko beli set dia..guna gaji aku..tak ganti spender aku 4 taun ko... hehehe...
 
sudahlah nak cari benda ko nak gantung ne kene hati2 ..kang malaikat tak masuk umah .....setan norajim pulak bertandang.... isk..isk..

 nak cari hiasan ala-ala islamic art ..lagilah...contohnya aku minat art ala..tulisan khat bentuk kapal ...
minat memang minat..sebab khat art ne sgt unik dan kratif giler orang yang boleh buat mcm tuh...
tapi minat aku jatuh menjunam bila tengok harga....
ngesot2 pelan kuar dari kedai..hahahaha

barang nak superb ..tapi nak murahkan?!
hahahahaha..standard la beb.... aku ne kene ukur baju kat badan sendiri..
kang aku ukur baju kat bos aku yang jusa C.... mau aku makan batu kerikil hokeyyyyy!

Kalaulah aku di offer untuk create hiasan yang minat
aku nak requst islamik art kat vantage product boleyyyyyyyy?
cam tulisan alhamdulillah kat teko vantage tuh??? bole?bole?
alaaaaaaaaaaaa.....tak boleh la tuh........

tak salah kalau  nak selit unsur islam dalam gaya hidup skangkan?
banyak benda sekarang dah diselitkan dengan unsur islamik..
contohnya...penyanyi hip hop pun dah ala...seru-menyeru....
art grafiti ...cam elseed-art.... cantik sey...




bayangkan kalau dinding kat bandar kita ada grafiti macam ne.....
hebatkan??

takpelah.... kumpul duit sikit demi sikitlah.... rumah tak berhias takpe..janji BERSIH....

Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.-halalkah hasil dari nufnang???

lain macam je kan tajuk entry aku ne kan?
ne semua pasal perdebatan samada hasil dari nufFnang .adsense adalah halal atau tidak....
bukan sehari dua aku aku menjadi pemerhati....pendengar..
aku memang berhajat nak joint...yelah...dapat sikit pendapatan jadikla....
setelah puas aku menelaah dan bertanya...
finally aku jumpa artikel ne....

aku sharekan sedikit pembacaan aku dari blog dr LOve ...

Salam ust, bile bce psl arak kat ust punye entry yg milkadeal tu kan, sy jd terfikir plak, bukan ke nuffnang punye ‘sumber rezeki’ dtg drpd iklan arak sikit? so, duit yg die bg kite tu? camnne?kalau bole ust comment jelah kat blg saye ye, saye buntu ..

Jawapan Ustaz Love :
Pertamanya kita kena jelas situasi sama ada kita ada membenarkan Nuffnang meletakkan iklan arak ataupun tidak.. Ianya ada di setting update survey pada akaun nuffnang kita :

Would you be willing to run alcohol-related ads?

Jika kita tandakan “yes” (maknanya kita membenarkan iklan jenis alkohol / arak), dan keluar iklan arak pada blog kita, dan ada org klik iklan arak itu dan kita dapat pendapatan, maka pendapatan kita adalah bercampur antara halal dgn haram.. Maka, pada ketika ini hukum pendapatan kita adalah haram.. kerana kita bersetuju untuk mempromosikan arak dan mengambil hasil daripadanya.

Sekiranya kita tandakan “no” (kita tak membenarkan iklan jenis arak), tetapi keluar juga iklan arak.. maka kita boleh menghubungi Nuffnang  untuk menghapuskan iklan itu (dan Nuffnang pun dah umumkan ianya kesilapan teknikal dan meminta maaf.. serta memberi kepastian bahawa pendapatan hasil iklan arak itu takkan dimasukkan dalam akaun kita). Sekiranya pihak Nuffnang tak ambil peduli dan meneruskan iklan arak, maka wajib bagi kita membuang iklan tersebut dgn cara delete akaun blog kita pada nuffnang, atau edit skrip iklan Nuffnang pada blog kita. Ini kerana, kita sendiri yg menentukan iklan jenis apa yg kita nak.. dan ia seterusnya menjadi kesan kepada pendapatan kita..

Berbalik pada persoalan asal… Kita sememangnya mengetahui yg Nuffnang mempunyai kontrak pengiklanan dengan syarikat arak dan rokok.. Sekalipun kita tak setuju yg iklan arak dan rokok itu berlegar2 dalam blog kita, dan memang tiada iklan arak, pendapatan Nuffnang masih lagi bercampur dgn hasil halal dan haram.. Jadi, bagaimana pula dgn situasi kita sebagai ‘pekerja’ yg mengiklankan iklan daripada Nuffnang di blog?

Sebelum itu, mari kita melihat kenyataan al-Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin :

Jika bercampur antara harta yang halal dengan harta yang haram dan kedua-duanya tidak dapat dibezakan maka tidaklah bermasalah untuk kita menggunakannya.”

Kita lihat pula kenyataan drp Us. Zaharuddin :

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul.

Maka, isunya di sini adalah :

1. Pendapatannya syarikat itu bercampur halal dan haram.. maka pekerjanya harus menerima gaji daripada syarikat itu.. sama kesnya dgn pendapatan drp Nuffnang.

2. Pendapatan syarikat itu memang haram.. contohnya bekerja sebagai despatch kepada syarikat arak, maka pendapatannya adalah haram.

3. Jika kita sendiri cara bekerjanya betul, tetapi menerima pendapatan daripada syarikat yg bercampur pendapatannya halal dan haram, maka hukum pendapatan kita adalah halal.. sama macam kes pertama..

Makanya, Ustaz Love menyimpulkan bahawa pendapatan hasil Nuffnang adalah halal dan harus diterima.. berdasarkan bahawa kerja pengiklanan kita adalah betul, dan Nuffnang bukanlah syarikat yg mendapat hasil yg haram semata2.
Yassiruu wa la tu’assiruu (permudahkanlah.. jangan menyusahkan) :D


lebih meyakinkan aku untuk join...ustaz ne sendiri ada iklan nufFnang;)