please clik eh..

Wednesday, May 18, 2011

berpindah ke britain....

nampaknya aku kene mencari tempat baru....
kene kumpul duit banyak2 ne....
sebab nanti bila nak pindah ke britain, 
aku boleh duduk kat sebelah rumah prince william.. 
leh main-main juling air ngan abang william..hehehehe
adoi..ne semua gara-gara surat khabo ari ne yang cakap batu pahat aka hometown aku akn tenggelam..
dasat..ne akan menyebabkan semua orang batu pahat akan terpaksa berpindah..dahla rumah aku dekat dengan pantai minyak beku...

Ya Allah,
aku belum puas menduduki kampung halamanku...
janganlah kau tenggelamkan kampung halamanku...
sebelum kau tenggelam kan batu pahat, 
kau tenggelamkan Singapore dulu....
hahahahaha.......

ne aku petik dari online berita harian.....

Hakis, kikis, lenyap
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan S. Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2011/05/19

MOHD Farid Khan Kadir, 24 (kiri), dan rakannya berdiri atas batang pokok bakau dan kelapa yang tumbang akibat hakisan di Pantai Punggur yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Batu Pahat, Johor, kawasan rendah di pesisiran pantai Semenanjung yang terdedah kepada peningkatan paras air laut akibat pemanasan global.

MOHD Farid Khan Kadir, 24 (kiri), dan rakannya berdiri atas batang pokok bakau dan kelapa yang tumbang akibat hakisan di Pantai Punggur yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Batu Pahat, Johor, kawasan rendah di pesisiran pantai Semenanjung yang terdedah kepada peningkatan paras air laut akibat pemanasan global.
Negara perlu persediaan awal tangani paras air laut meningkat....


KUALA LUMPUR: Kajian tempatan dan antarabangsa mengesahkan air laut semakin meningkat akibat pemanasan global, sekali gus mencetuskan gesaan masyarakat antarabangsa supaya isu berkenaan diberi perhatian serius oleh semua negara.
Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan pada 2007, ada bukti kukuh paras air laut dunia meningkat beransur-ansur dalam abad ke-20, dan dijangka semakin serius pada abad ini akibat dua punca utama, iaitu pengembangan air laut daripada faktor haba serta kecairan bungkah ais. 

Kajian oleh Ketua Program Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Khali Aziz Hamzah bersama Hamdan Omar, bertajuk ‘Vulnerability Assestment of Coastal Zones Using Geospatial Technologies’ yang diperoleh dari internet, turut memetik laporan IPCC 2001 yang menjangkakan peningkatan tambahan 48 sentimeter (sm) air laut, menjelang 2100, iaitu dua kali ganda kadar peningkatan untuk abad ke-20.


aku nak pindah ke kawasan yang macam ne...



aku suka design rumah macam ne

lovely home kan?

alang-alang nak tenggelam..aku baik dok atas air terus kan?

tenangkan? 


p/s :   walau apapun, tempat yang kekal hanyalah di Akhirat sana jua.....

No comments: