today is qisha's monthly checkup
antara perkara-perkara yang aku tak berapa gemar ialah buat aktiviti-aktivi nela....
mujur sekarang dua bulan sekali...
bukan malas tapi setiap kali pei mesti kene marah itu dan ini...
terutama sekali pasal berat badan dia...tak naik-naik...
orang lain,,aku tengok.... peha anak orang tuh...berat jer sekilo sebelah peha....
tuh belum plus berat lengan.....
anak aku ne..baru nak sihat..mesti demam...demam tumbuh gigilah,deman kus..kuslah...
bila dah demam..payahlah nak naik berat badan....
sedangkan mak budak yang kalau kene demam pun turun berat badan...nekan pula baby kecil...senang jer nak turun berat badan....
akak misi tuh pun still kata anak aku masih dalam garisan kuning..
anyway..garisan kuning adalah untuk garisan antara good condition or bad condition...
mak aku kalau datang umah dia, memang berbakul -bakul nasihat atau ceramah free tentang cucu kesayangan dia
kalau orang tanya napa anak aku kurus sangatttttt???
aku tak tau nak cakap ape?
kadang-kadang macam aku buat salah besar ...
lagi best, kalau orang kata ..mak bukan main besar,...anak nyer halus jer....
itu memang ayat membengangkan aku hokeyyyyyyyyyy....
akak misi suh bg anak aku makan makanan berminyak dan berlemak skit....
more cheese, more egg....but ingat
'Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.'
so aku siap2 googgle recipe untuk baby 10 month...macam-macam ada...
yang nak kenal2kan ulam pada baby pun ada..cam resepi di bawah....
1...dapat dari myresipi.com ~
~ bubur bayi sihat
Bahan-bahan ( 1 orang )
- 1/4 cawan beras
- 1 ketul dada ayam (ambil isinya)
- 2 cm lobak merah (potong kecil) & 2 cm celery
- 5 helai daun pegaga
- secubit garam & secubit gula
Cara-cara
- Basuh beras seperti biasa.
- Bersihkan ayam, lobak merah & pegaga.
- Masukkan ke dalam periuk semua bahan2 tersebut, tambahkan secubit garam & secubit gula. Isikan dengan air & jerang di atas dapur.
- Kacau sekali- sekala. Apabila beras telah mengembang dan air telah sedikit kering, tutupkan api.
- Biarkan agak sejuk seketika. Blender bubur tadi mengikut citarasa masing2. Jika hendak membuat bubur cair, tambahkan sedikit air. Jika perlukan bubur yang pekat tidak perlu ditambah air.
- Selamat menjamu Si Manja!!
~ bubur bayi sihat lagik
Bahan-bahan ( 1 orang )
- 1 cawan nasi
- 1 ekor ikan rebus goreng (ambil isi)
- 1 cawan sayur bening
- *sayur bening (Masakkan semua bahan dibawah sehingga air mendidih)
- 1 biji bawang merah & 1 biji bawang putih (di mayang)
- 3 pokok baby kailan; 2 cm lobak merah; & 2 cm celery
- 1/2 sdt garam & 1/2 sdt gula
- 3 cawan air
Cara-cara
- Masukkan nasi, isi ikan, dan sayur bening ke dalam pengisar. Kisarkan mengikut citarasa masing2.
- Sedia untuk disuapkan kepada bayi.
2. resepi berunsurkan buah-buahan
~ tauhu mangga-
Bahan-bahan ( 1 bekas )
- 2 keping tauhu
- 1 biji mangga masak
Cara-cara
- Kukus tauhu sehingga masak. Potong dadu dan ketepikan.
- Blend mangga untuk dijadikan puree. Tak perlu tambah air.
- Tauhu tadi dipotong kecil. Tuang puree mangga ke atas tauhu.
- bagi bayi anda makan
~ fruit lenyek-lenyek( aku pun tak tau nama resepi ne...tibai jer)
Bahan-bahan ( seorang )
- 1/2 batang carrot (buang kulit)
- 1/2 biji buah pir @ lai cina (buang kulit dan buang biji dia)
- 1/2 biji buah epal merah (buang kulit dan buang biji)
- 1/2 cawan air
Cara-cara
- potong carrot,pir & buah epal ikut suka anda..nak bulat ke,nak dadu ke..
- panaskan air 1/2 cawan tu dalam periuk yang bertutup.
- bila da nampak rona2 air tu menggelegak..masukkan bahan yang dipotong tadi..tutup periuk tersebut. biarkan sampai bahan2 tu lembut (try cucuk pakai garfu). pastikah api perlahan ye.
- bila da lembut sume bahan,tutup api. kisar @ lecek bahan tersebut. nak bagi suam kuku bole. kot nak sejuk, letak dalam tupperware bertutup dan simpan kat dalam peti es.
- tadaa!!!sedia untuk dimakan!!
~Kentang, Brokoli, Keju Berkrim
Sesuai untuk bayi umur 10 bulan ke atas...
Bahan-bahan
* Kentang saiz kecil 1 biji
* Keju cedar 1 keping
* Brokoli 2 'pokok' kecil
* 2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
* Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
* Rebus brokoli sehingga masak.
* Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
* Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
~Bubur Oat, Ikan dan Saderi
Bubur ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.
Bahan-bahan
* 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
* 10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
* 1 helai daun sedari
* secawan air
Cara membuatnya
* Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
* Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
* Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
* Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
* Hidangkan.
~ Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Resipi untuk bayi 6 bulan ke atas...
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku
1/2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.
Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan
~ Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
* 3 sudu nasi yang telah dimasak
* 1/4 cawan air suam
* 2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
* Masukkan semua bahan dalam pengisar
* Kisar halus
* Hidangkan
selamat mencuba... qisha meh nganga...kita gemuk sesama k???hikhik
2 comments:
masih bg qisya bubur lembik ker??
boleh bg bubur tp dh boleh kisar kasar skit..
masz pun kdang da boring n x tau nk msakkan iman pe..
tp menu kegemaran iman is sup daging..mmg bertambah2 la dier mkn..
qisha makan bubur la...ne ada pilihan samada bubur or lenyek...saja nak tiru resepi dia...lagipun...perkenalkan soft meal perlahan-lahan....sebab memng baby dah boleh makan bubur tapi digestion takut terkejut.....kene check selalu...
Post a Comment