pertama kali qisha melihat dunia in setelah lahir pada 6.8.2010 tepat jam 12.15 secara pembedahan. saat ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayunya hatiku melihat anugerah Allah buat pertama kalinya. bukan mudah untuk aku menerima semua ini secara tiba-tiba. aku memang tak menyangka akan melalui situasi pembedahan yang amat menakutkan . sungguh beb, aku takut... sampai sekarang terbayang2 saat itu. lampu itu, pakar bius itu, jarum itu...memberikan aku makna kehidupan yang baru kini aku fahami 26 tahun lalu ketika emak melahirkan aku. mak... kalau sebegini rasanya melahirkan anak, along takkan melawan kata2 emak walau pun sekadar 'ah'. mak dan ayah..semoga Allah merahmati kehidupan ibubapa aku dunia akhirat. buat semua anak, hormatilah,jagalah sementara mereka masih ada di dunia ini.. sayangilah mereka kerana mereka telah menyayangi anda sepenuh hati.
aku dan makngah senget ketika membawa lil q untuk checkup buat pertama kali pada 6.9.2010.. ketika ini berat qisha dah naik 1 kilo.iaitu 3.4 kilo.cepatkan?
nyenyak jer dia tido kat kk bp tuh...yang best kan...cepat jer g check sebab semua jm kan situ mostly kawan2 tokmi..heheheh.45 minit done!
kali pertama qisha pakai baju kurung yang dibuat oleh tik mi..semasa potong jambul.hehehe.thanks! mekceh juga kepada nenek dan atok sarian yang sudi menaja majlis cukur jambul qisha yang takder rambut tue....
No comments:
Post a Comment