ye..kalau tak kerana arahan bos..memang aku tak akan berdiri depan pentas menjadi juruacara atau mc!
agak menakutkan jugak sebab aku jarang menjadi mc
selagi tak jadi hidup atau mati... memang aku tak akan volunteer punya menjadi seorang juruacara...kalau juru memekak...no hal!
sejak seminggu lepas ,aku bertungkus lumus dengan rakan satu unit aku bersiap bg menghadapi persidangan yang bermula pd hari ini hingga jumaat nanti. terkejar sana sini!
dulu, kalau ada si fazrina,memang muka dia ajelah yang jadi mc...aku pulak sebagai runner....bolehlah sekejap aku ke sana..sekejap ke sini.....agak2 bosan...aku online facebook!
tapi ina dah pindah balik johor...jadi kali ini buat pertama kali..aku dilantik sebagai urusetia utama...
penat tak payah cakaplah...
kalau diikutkan hati..rasa-rasa macam tak mampu untuk buat.
.tapi aku sering berfikir...sampai bila aku harus menjadi pasif????
sekurang-kurangnya aku mencuba...kalau tak tahukan potensi diri ye tak?
so ....bg para penjawat awam mahupun kakitangan swasta...
jangan hanya melakukan satu kerja sahaja sepanjang korang bekerja
hidup ini penuh cabaran...hadapilah dan berani keluar dari keselesaan yang telah kita harungi bertahun-tahun
buatlah perkara yang menjadikan kerja dan hidup korang lebih meriah dan menarik
aku ingin melakukan perkara lebih mencabar dan akan aku melakukan lebih dari apa yang sangka aku boleh lakukan....
kerna aku tahu sesuatu perkara yang berlaku terhadap diri ini adalah ketentuan Allah
tidak dijadikan dugaan itu jika hambanya tidak mampu untuk memikulnya!
selamat berjuang dan jangan mengalah!
serlahkan potensi kerana anda dijadikan sebagai insan terbaik!
terima kasih membaca walaupun satu huruf!
No comments:
Post a Comment