please clik eh..

Sunday, September 20, 2009

ramadhan datang dan pergi

bulan ramadhan adalah bulan yang sangat mulia. sesiapa yang mengambil kesempatan dengan melakukan amal ibadat maka pahalanya digandakan oleh Allah. so kawan2...aku doakan kalian dapat melakukan amal ibadat sebaiknya. bagi diri ini, aku berjaya khatam Al-Quran secara beramai-ramai anjuran puspanita kkm. Alhamdulillah...


secara ringkasnya, bulan puasa ini sangat terasa nikmatnya ketika berbuka puasa beramai-ramai. dengan diiringi dengan bacaan doa, ikatan terjalin bertambah erat. kemudian berjemaah melakukan senbahyang terawih di surau mahupun di masjid berdekatan... terasa sungguhkan nikmatnya?


aku memang tak paham orang yang tak puasa neh..lagi teruk mereka ne makan di khalayak ramai tanpa rasa segan pilu dengan orang sekeliling yang lalu lalang..entahla...tak paham sungguh. aku kalau boleh biarlah dapat berpuasa penuh tapi apa daya aku sebagai seorang wanita sejati yang telah diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk berehat.


teringat aku dengan satu kejadian yang aku tak boleh lupa... kali ini tak dapat menyambut pada awal ramadhan kerana perkara yang tidak dapat dielakkan. heheh.. so hari pertama di opis,aku memang tak puasala.kebetulan, opismate aku, si ija ini pregnant dan secara fizikalnya , dia memang tak larat untuk berpuasa kerana takut memudaratkan bayi dalam kandungan. jadi aku pun berpakatlah dengan ija nak mintak tolong Chris belikan milo kotak.... dalam aku berbisik untuk melakukan komplot...si faizal ne pandang aku semacam jer...


faizal : ha,..... tak puasa ek?

aku : mana ader.....

faizal : yer la tuh.... (tersengih2)


puas la aku cover tak puasa neh..... rahsia aku selamat sampailah waktu balik...aku dapt sms dari faizal


faizal : mai... air milo ko tertinggal neh .....


adoi..kantoi jugak akhirnya..... air kotak aku memng dah abis...tapi yang bawah meja aku tuh ija punya..dier tak abis..so dier bg la kat aku..aku plak lupa nak buang....memang 300% kantoi...

memang aku kene basuhla esoknya... kalau dah kantoi dengan faizal.....memang tak bleh buat apa2la...r.e.d.ha.
pengajarannya..nex tyme----- buang terus sampah ke dalam tong sampah!

No comments: