please clik eh..

Wednesday, August 3, 2011

bila pakaian seorang wanita menjadi perhatian....

sometimes bila seorang wanita berpakaian...
rasa sudah lengkap menutup aurat..tapi bila ditarbiah semula ..
perhati secara teliti...rupa-rupanya nampak berpakaian tapi telanjang rupanya

bagi aku... aku bukanlah pemakai skirt ke short sleeve ke...macam biasa..aku tak reti seksi meksi ne...
berbaju kurung ke opis...berseluar biasa sahaja bila jenjalan...im not fashionable...
yelah...hari2 kita berpakaian begitu...
cuma ..mungkin aku dah bertambah lebar baju semakin sempit....agaknya tidak menyenangkan mata-mata mereka
tapi aku pandang dari sudut positif...
nasihat dari kaum adam aku terima dengan senang hati
pandangan mereka demi kebaikan wanita sejagat...
mereka juga mempunyai saudara-saudara perempuan yang ingin dilindungi....
JUBAH MODEN

fesyen muslimah memang dah banyak di pasaran 
pilih jelah pelbagai warna dan fesyen
tapi bila aku tengok betul2 fesyen terutama jubah
ada juga agak daring atau pun seksi
malah ada yang betul2 mengikut bentuk badan ...
sudahlah warna menarik mata-mata memandang, tambah pulak dengan kerlipan manik-manik
si pemakai pula mekap bukan main tebal...plus dengan perfume yang tiga hari tiga malam tak ilang2 bau nyer...
so yang kes macam ne camane pulak?

macam ne pun kira berpakaian tapi telanjang jugak kan?
just VERSION yang LEBIH BAIK  kan????kan? kan?

inikah yang dimaksudkan oleh mereka-??? 

susahnya jadi seorang perempuan
susah lagi menjadi seorang wanita
lagi amat susah menjadi muslimah sejati

sedikit perkongsian pemakaian wanita islam yang sebenar

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.
2. Pakaian itu tiada terlalu tipis sehingga tampak terbayang-bayang tubuh badan dari luar.
3. Pakaian itu tiada ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang, sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya.
(Ini terutamanya pakaian luar, seperti jilbab atau ‘abaya. Menurut Ibn Kathir, di dalam Tafsirnya, pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi s.a.w. ketika mereka keluar rumah, berwarna hitam).
5. Pakaian itu tiada sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan perempuan itu, kerana bau-bauan itu ada pengaruhnya atas nafsu kelamin yang ajnabi.
Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah, sehingga lelaki mencium baunya, disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
6. Pakaian itu tiada bertasyabbuh dengan pakaian lelaki, yakni tiada meniru-niru atau menyerupai pakaian lelaki.
7. Pakaian itu tiada bertasyabbuh dengan pakaian perempuan kafir atau musyrik.
8. Pakaian itu bukanlah libasusy-syuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah, untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias.

Di ambil terus dari sumber asal:
Wan Muhammad bin Wan Muhammad Ali (1979). Al-Hijab: Sebuah Risalah Tentang Aurat Lelaki dan Aurat Perempuan dan Tentang Hijab Wanita Islam. Kuala Lumpur 

 Ya ALLAH..berikanlah aku petunjuk dalam apa jua perkara dalam hidupku dan wanita islam seluruh dunia kerana kami adalah golongan yang mudah terkena fitnah di dunia ini.
amin.

2 comments:

aamalinaazman said...

istimewa wanita tu kalo dijaga..
dinilaikan betol2 kan =)

Unknown said...

asalamualaikum....cukup berkenan dgn jubah yg saudari post kat wall tu...nak tanya je...kalo beli dlm jumlah yg banyak dpt tak dgn harga borong...kalo tak menjadi keberatan i nak view jubah yg ada dalm stock saudari..dgn price dia sekali...saudari boleh sent kat aku_ilham83@yahoo.com