please clik eh..

Tuesday, August 2, 2011

pilihan hidup di tangan masing-masing

dua situasi berbeza yang memberi aku pelbagai makna dari sudut mata insan 
Kejadian yang cukup memberi keinsafan jika diteliti dengan mendalam
aku melihat diri sendiri samada menjadi si merah atau si hijau....

si gadis merah dan hijau berjalan sama -sama
mereka saling kenal mengenali tapi tidak rapat.
sekadar berbalas senyuman dan anggukkan.

masing-masing melihat jam kerana waktu pulang sudah menjengak sepuluh minit yang lalu
menunggu kelibat suami yang tidak kelihatan
cuaca sedikit mendung, mungkin akan muntahkan hujan bila-bila masa sahaja nanti

akhirnya hujan turun jua
tapi mereka masih di situ, 
menunggu kelibat suami masing-masing

ironinya, suami mereka tiba secara serentak
suami si merah berkereta mata lalang
suamii si hijau hanya bermotosikal

suami si merah berkereta mata lalang
turun bawa payung untuk ambil si merah
'u........... nape lambat??? kan dah hujan.... basah kuyup i taw.....teruklah u ne! lama giler tunggu taw...

'kan abang bawa payung ne??kalau tak, basah kuyup la u...

si merah masam mencuka...sambil menghentak kaki berjalan ke kereta...si suami terkejar-kejar si isteri

dalam masa yang sama
suami si hijau pun turun dapatkan si hijau

'kesian abang basah kuyup'
'takpe... kesian lagi awak kene tunggu abang lama..hujan pulak tu..ne kene tunggu sampai hujan teduh'
'takpelah...boleh dating dalam hujan...'mereka saling berbalas senyuman

see?
korang paham tak apa yang aku nak sampaikan?

masa aku melihat suami si merah datang dengan kereta mahal... 
hati aku berdetik..
betapa beruntung isteri dia..
dapat suami kaya, kereta mahal, payungkan isteri lagi
tapi rupanya itu hanyalah luaran sahaja... 
pengisian kebahagian tiada dalam rumah tangga mereka
masing - masing di saluti rasa marah..rasa tidak puas hati...
apa lagi yang tak lengkap dalam hudup mereka ye???

tapi melihat suami si hijau datang kebasahan kerana menaiki motosikal
hati ini turut berkira-kira..
aku cukup kasihan melihat pasangan tersebut....
kalaulah suaminya menaiki kereta mesti mereka tidak kebasahan..kesian si isteri...
rupanya aku tersilap mentafsir..terkhilaf mata hati aku ini dalam menilai kehidupan  mereka
si isteri tersenyum melihat suami sambil mengelap air hujan di muka suami
si suami pula cukup kasihan melihat isteri kebasahan kerana tempias hujan padahal si suami lagi lah lencun bajunya...
kebahagian terpancar dari riak muka mereka
seolah-olah tiada masalah ketika itu..
kiranya macam orang selalu kata " no hal beb..basah skit jer ni"

yang berduit banyak belum tentu mampu membeli kebahagian
tapi kebahagian boleh hadir tanpa duit yang banyak
renung-renungkanlah...

SALAM RAMADHAN...
BULAN TERBAIK BUAT UMAT ISLAM...TAMBAHKAN AMAL...MAKMURKAN MALAM-MALAM ANDA DENGAN SUJUD KEPADA YANG ESA.

1 comment:

Etong said...

kaya harta tidak menjanjikan kaya budi bahasa n kasih sayang :)