please clik eh..

Tuesday, March 10, 2009

teman lama yang saya rindui

my greatest woman for women day thiz time dedicated to my lost- found-lost-found friend... nurul atau siti nurul aini atan..... adalah sahabat yang paling unik sepanjang saya hidup selam 25 tahun ini... kami kini taklah serapat mana tapi dia telah meninggalkan kenangan sepanjang kehidupan sekolah rendah di sek. keb bukit soga dan sekolah agama di kampung istana. kami adalah rakan sekelas sejak darjah empat rasanya di kelas 4 merah...(merah nie untuk budak yang pandai zaman tuh..hehehehheh...tapi tak pandai maner pun diri ini..huhuu). nurul nie banyak jadi saksi kejadian buruk + memalukan la.... die unik coz saya ingat satu hari tuh...dier kata dier ada bawa haiwan peliharaannya... saya pun hairan...tak de pun kucing ke ... hamster ke dalam beg dier... rupa-rupanya.... nurul simpan kat meja belakang kelas yang mana masa itu...jadik tempat rak -rak buku..ala-ala library la kononnya..



nak tahu tak ape dia binatang peliharaan yang dia sembunyikan? ulat beluncas!!!!!!!!! can u imagine it? mana ada budak darjah empat bela ulat beluncas yang boleh jadi rerama tuh... langsung tak terpikir...... yang paling best tuh..dier siap bercerita macamane nak jaga, bagi makan ape... incredible beb... masa tuelah saya realize yang dier ni memang unik... bila rakan-rakan lain tahu yang dia ada bela beluncas..ada yang macam buat muka kat nurul.... tapi seingat saya ada seorang budak yang nak bagitahu cikgu... saya pun ape lagi... saya cakap kalau ko bagitahu cikgu... aku masukkan dalam baju ko!... budak tu pun senyapla..memng dia tak berani la nak bgtau..hehehhe nurul pun tak tau..

banyak lagi kenangan yang tercipta.... thanks nurul kerana pernah mewarnai kehidupan saya kerika itu...

kepada teman-teman... renunglah kembali insan yang pernah kita kenali dan memain peranan dalam hidup kita..... andai kata tidak dapat berjumpa, titipkanlah doa kepada mereka walau di mana jua berada....

No comments: