please clik eh..

Showing posts with label cuti -cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti -cuti malaysia. Show all posts

Monday, November 21, 2011

cuti seketika........

lama dah plan nak cuti ...nak rehatkan otak aku ne supaya tak tambah mengong....hahahah
tak jauh pun....kat cameron jer...duduk pun kat rumah persekutuan tuh ha...
last time aku dok kat RPP Cameron ne..
masa aku honeymoon.... dua taun lepas...
hahahaha.... plan nak honeymoon kali kedua kunun...
tapi pekebendanya honeymoon celah2 mak bapak akukannnnnn????
so kita kene duduk sopan-sopan... /..>


ne masa dah nak checck out dari RPP Cameron


RPP Cameron ne murah jer...
ada pelbagai harga ...bergantung pd kelayakkan gred memasing...
macam aku... hajat nak book bilik besar tapi nan ado..
so book bilik biasa dengan harga only rm25 per nite! murah kan????
kalau tempah dua bilik...dapat bilik yg ada laluan tengah..


so macam si qisha tuh...sekejap hulu sekejap ke hilir...
tapi bilik tu very basic.... tuala percuma pun takder bai.... naseblah kalau tak bawak tuala...
either ko gulung pakai cadar atau sejadah.....hahahaa...
kalau ada laki.... ko peluk je lah...hehehe...gatai!


aku ne set bagai baju sejuk si Qisha tuh...kot2la sejuk bagai.... demam kang..tak ke naya???
dari nak ilang stres..terus tambah azab...
nak rak aku packing...stokin la... baju sejuk la...baju lengan panjang jer berhelai2....
baru g cameron.... kalau g oberceee???? cemane gammak aku packing bai...


last-last.... minah tuh rilex je...
tidor pun tak nak selimut...
berpampers ke hulu hilir...otai gila!


qi n tok mi




ohh...cameron dah tak berapa sejuk macam dulu...
aku ne bangsa ...sejuk sgt takleh...panas sangat pun takleh,....kene suamsuam kuku je badan aku ne...
tapi memang dah tak sejuk seyyyy..... beza dgn 10 tahun lepas....
maybe dah byk hutan kene tebang nak buat kebun....





heran aku..
the main thing..manusia dtg cameron nih sebab nak lepak2
sedut2 hembus udara segar...
makan-makan sayur segar....murah2...
jagung manis...fresh dari ladang
masam masam manis strawberrykan???


tapi...
kalau cuaca pun dah ala2 kat kampung aku je...
sayur pun dah tak banyak choice
even...kedai jual bunga pun tak meriah macam dulu....
pekejadah bai??


aku tau ko nak untung lebey...sebab permintaan bertambah
sampai ko tarah semua bukit yang ada....
tapi kalau dah semua ko nak gondolkan...
cuaca pun tak sejuk sangat ...udara pun tak fresh...
apa guna ko nak cucuk bagai?????
yang rugi korang jugak...
kamonla....upla mind korang...
patutlah si karam walia tuh marah bebenor...


aku tak dapat bayangkan cameron 20 tahun akan datang...
maybe suhu di sana adalah lebih kurang suhu macam bukit belakang umah aku je waktu pagi...
maka lebih baik aku berkelah di sana saja....jimat duit..jimat minyak...makan pun free sebab suruh mak masak....hahaha


lagi satu.....aku dok peratikan....
where 's malaysian workers?
hurm.... again..again....same story...
bukan aku anti foreigner workers tapi.... its reality...
bila ruang pekerjaan warga tempatan kian sempit...
samada ko memilih atau orang tak memilih kau!


eh...emo pulak??
kan tengah citer tang holiday..... hikhik...


trip kali ni , pak bakar iaitu merangkap abang kepada tok man dan zana , dak opis aku...
tapi aku kesian pak bako sebab aku dia datang pada hari kedua malam..
so...hari last day barulah sempat jenjalan...


ala... its only cameron.... tak payah citer byk2kan?
jom layan gambar dulu...


ntah ape si adam ne bebel....si q tak lepas kaki si hubby aku....sampai je cameron terus tak nak jalan...nak minta dukung je..so aku kan tak larat maka bapaknya la dukung ke hulu hilir....

dari dulu aku selalu teringin nak stay kat kuarters pekerja ladang boh ne....  look ohsem kan?

datin-datin

datin bergambar..... posisi yang tidak menarik! cis!

datin hepi peace!!!!!!!!!!!!!


overall....trip kali ne biasa je...
takde yang menarik...
maybe nex year.... tukar angin la pulak...
huhuhu..
neway dah nak cuti sekolah...konfem jem ...

Monday, September 14, 2009

meh shopping!!!!!!!!















kalau di kelantan ,..terkenal dengan pengkalan kubor
kalau di kedah....masyuk dengan pulau langkawinya
kalau di perlis.... genpak dengan bukit kayu hitam
kalau di batu pahat....?????????
tentulah..... pekan air hitam..... pekan ini terletak di antara bandar batu pahat dan bandar kluang.. berdekatan pula dengan hiway...memang kawasan ini menjadi tumpuan ramai pelancong samada tempatan atau pun luar.... aku kalau g...pun memang habis duit... di sini terkenal dengan bantal mainan yang murah ..begitu juga dengan barang tembikar yang pelbagai jenis dan harganya pun acceptable... sebab semua barang2 neh datang terus dari kilang..tuh yang murah sesangat.... tak caya???? jom layan gambar2 neh k... gambar ne aku ambil semasa nak beli barang kawin.....

Monday, April 6, 2009

homestay banghuris....



jika tidak kerana ass dr razak.... taklah aku tahu ape tuh homestay...so ass group ass..we decide BANGHURIS HOMESTAY di sepang... nice view..nice person...



Kemudahan Penginapan Di Homestay Banghuris...jom kita lihat...

Setiap rumah yang dijadikan penginapan mempunyai pelbagai kemudahan seperti:
a) Sofa

b) katil
c) peralatan elektrik seperti televisyen, radio, pemain cakera padat
d) talian internet
e) Kipas dan penghawa dingin

3. Akiviti-Aktiviti Utama di Banghuris Homestay

a) Aktiviti-aktiviti kebudayaan

Para tetamu berpeluang untuk melihat serta mempelajari tarian dan muzik tradisional seperti lagu-lagu rakyat, persembahan cempuling, tarian samada tarian masyarakat , Melayu, Arab, Cina mahupun India. Selain itu, para tetamu berpeluang untuk menghadiri perkahwinan jika terdapat penduduk kampung yang akan berkahwin. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah bersama-sama melakukan persiapan persandingan, pelamin, upacara bersanding, berinai, bersilat mahupun bergotong-royong menyediakan lauk-pauk kenduri. Malah, terdapat juga beberapa tetamu yang mengadakan majlis perkahwinan di Banghuris Homestay kerana tertarik dengan cara perkahwinan masyarakat melayu .

Demi memberi pendedahan lebih dekat dengan kebudayaan melayu, para penduduk telah menubuhkan Kumpulan Cendana Klasik yang diasaskan oleh Haji Basir b. Wagiman dan diketuai oleh Encik D’roo. Kumpulan ini adalah gabungan daripada muzik asli dan moden yang membuat persembahan di majlis perkahwinan dan juga menghiburkan para tetamu. Malah para tetamu turut berpeluang untuk bermain peralatan muzik tradisional seperti gendang, enteng-enteng, kempoi dan gong. Antara lagu dendangan kumpulan ini adalah seperti Joget Teman Sejati, Empat Dara, Bila Mama Pakai Celana, Penggodaan, Ketawa Lagi, Kerana Budi Jasad Tertawan, Poco-Poco, Sway, Jangan Tenung-Tenung, Puteri Gunung Ledang dan Revival.

b) Mengenali makanan tempatan

Aktiviti membolehkan para tetamu mengenali makanan tradisional rakyat Malaysia kerana para tetamu dapat merasa sendiri keenakan makanan Melayu seperti pulut, ikan kering, kari daging, ikan air tawar yang dimasak samada digoreng mahu pun dikukus serta banyak lagi. Malahan mereka akan diajar cara makan menggunakan tangan.

c) Perusahaan Desa

Sememangnya Kampung Banghuris terkenal dengan perusahaan desanya seperti pembuatan kuih tradisional dan makanan ringan seperti kerepek kentang , ubi kayu dan banyak lagi makanan ringan yang dijadikan jualan komersil sebagai aktiviti ekonomi di kampung tersebut.

d) Kebun buah-buahan

Kebun buah-buahan di Banghuris Homestay pula memberi peluang kepada para tetamu mengenali dan merasai keenakkn buah-buahan tempatan seperti mangga, nangka, pisang, tembikai, kelapa, betik, durian, manggis dan rambutan. Para tetamu berpeluang menanam sendiri anak pokok tersebut sebagai tanda simbolik kedatangan mereka di Banghuris Homestay. Selain itu, tetamu juga berpeluang melihat sendiri pemprosesan kopi, mengait kelapa sawit serta diajar cara-cara untuk menoreh getah.

e) Aktiviti sukan dan rekreasi

Memancing ikan air tawar di tasik berhampiran, menangkap ketam adalah aktiviti menarik yang dijalankan untuk para tetamu. Selain itu, permainan tradisional turut diajar kepada para tetamu seperti permainan galah panjang, sepak takraw, congkak, batu seremban dan banyak lagi.

4. Pakej yang terdapat di Banghuris Homestay adalah seperti berikut:

1. a) Pakej 2 hari / 1 malam

b) Bayaran : RM250.00 Seorang

c) Aktiviti :

i. Hari Pertama


- Minuman ringan
- Lawatan seluruh kawasan Homestay dan Lawatan Agro
-“Alam Hijau”- penanaman pokok sebagai tanda kedatangan tetamu ke Banghuris Homestay
- Lawatan ke ladang kopi, ladang kelapa sawit dan ladang getah
- Lawatan ke kilang perusahaan desa seperti ubi kayui, pisang dan kentang
- Jamuan makan tengahari
- Sambungan program lawatan
- Jamuan makan malam
- Aktiviti bebas (bergantung kepada permintaan tetamu)

ii. Hari Kedua

- Jamuan Sarapan Pagi
- Aktiviti bebas (bergantung kepada para tetamu)

- Jamuan Tengahari
- Lawatan ke Kuala Lumpur

2. Aktiviti tambahan

- pelbagai aktiviti boleh dipilih dan setiap aktiviti akan dikenakan bayaran tambahan yang dibayar kepada keluarga angkat masing-masing. Antara aktiviti yang boleh didapati ialah :

a) Lawatan ke Putrajaya
b) Permainan Gasing
c) Permainan Congkak
d) Permainan Layang-layang
e) Permainan Sepak Takraw
f) Permainan Teng-teng
g) Persembahan Kebudayaan seperti Cempuling, Jedor, kompang, tradisional


4. INFORMASI

Sungai Banghuris Homestay Centre
Kampung Hulu Chuchoh
43950, Sungai Pelek
Sepang, Selangor, Malaysia
Faks : 03-31421010

1. Encik Haji Basir bin Wagiman
012 – 6628548

2. Encik Haji Salam Wasimah
019 – 2325758

3. Puan Misriah Natijo
019 - 3919547

Thursday, March 19, 2009

post it!!!!


dedicate love for kaka yani family yang sudi menerima kami di trgnu... njoy the keropok lekor.... the best la yang i pernh makan..











time to window shopping.....




















beli...jangan tak beli.....










memang banyaklah pilihan untuk beli tudung...baju sutera batik.... memang best......












thanks to ayah......



let's check out.... saya betul@ enjoy this trip...

crita dari timur..2009




selepas 10 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke pantai timur.... terutama kelantan... saat ini memang amat mengujakan.... terlalu banyak perubahan yang saya tengok mewarnai setiap inci perjalanan kali ini... perjalanan kali ini disertai oleh famili saya kecuali angah kerana menghadapi test di uitm.pakmi family n pak ye.... nampaknya farah tidak dapat sertai konvoi family ini...(mak dier tak luluskan cuti..hehheheh)...



tepat 6.45 pagi 13.3.09 di pagi jumaat yang barakah ini... kami memulakan perjalanan yang di anggarkan selama 12 jam... cuaca agak mendung tapi kami tetap bersemangat untuk teruskan .... *hatiku berbunga*


antara laluan yang dilalui ialah segamat-muadzam-kuantan-terenggannu-kelantan.... thanks to ayah yang masih kuat untuk membawa kami tanpa bantuan saya as co -pilot ( ala..ayah tak percaya dengan saya kan..... huhuhuhu...). benda yang paling saya teruja ialah kad perjalanan di tol apabila kita mula masuk hiway gambang... dolu-dolu masa saya bersekolah di kuantan..mana ada semua ne dasat betul la..


hujan yang lebat terus mengiringi perjalanan kami kelantan...kami sampai di pintiu gerbang kelantan tepat pukul 7.45 malam.... sempat menikmati keenakkan sup kelantan di pasir mas... sedap giler...kedai makcik ne memang perhentian wajiblah setiap kali famili saya pergi kelantan....sampaikan mak cik tu pun dah kenal... siap dapat diskaun.... tq!!!!


hotel pilihan kali ini- hotel ummi... memang murah... rm80 jer... terdapat dua king yang besar . yang penting dekat dengan masjid Muhammadiah.... senang nak bergerak lagipun...(kes nak shoppingla ne). kami juga telah puas menjelajahi pengkalan kubor dan wakaf che yeh... kelantan skrang memng happenninglah...dengan kb mall la.. they growing up larrrrrrrr... * toink*toink*
kalau nak diikut nafsu... memang semua nak beli.... (kan bagus kalau boleh cetak duit.....)... korang tengoklah kegilaan kami bershopping... hujan pun sanggup redah.... tapi kelantan memng bestlah...... they have everything.... orangnya cantik,makanan yang murah,tempat pilihan shopping, suasana yang tenang.... oh.... rindunya.... *rindu lagi si dia*




Wednesday, March 11, 2009

going to holiday..................

salam.................. after mid term... i really need rest...... memang tepat pada masanya bila ayah ajak pergi berjalan ke kota kelantan... lama betul tidak datang ke kelantan...... percutian ini mengambil masa selama 3 hari 2 malam....rombongan kali ini akan disertai oleh pakye'family, pakmi family n farah.... farah? oh no.... macam tak percaya jer farah nak ikut...

farah ne kazen yang aku sayang sangat.. anak kacukan india ini merupakan sepupu/kawan rapat di sebelah keluarga ayah saya. selalunya...dia ni memang western life la.... gi singapore, europe... tetiba nak g kelantan..... anyway, ada kawan la saya kat sana...

agenda ke kelantan bermula pada 13.3.09

5.30 am -bertolak ke bahau untuk same2 berkonvoi....yahuuuuu........ lama betul tak melalui muadzam..... teringat kenangan sekolah kat mrsm kuantan ehehheh

- bercadang untuk singgah di kuantan... kalau sempat nak melawat sekolah .yeyeyeyyey

- ke kuala terengganu, saya akan singgah ke rumah kak yani..akak yang saya rindui..
kak yani........ tunggu ek...

-dijangka akan sampai lewat petang kelantan ...hehehheh... mu tunggu deh....

- bercadang untuk berjumpa siti - pengantin baru neh.... lama tak jumpa mek ti wei..teringat pada farhan...kawan semasa di btn dulu... maner la mamat perasan hensem tu g? hehehehhe.jgn marah ye.

- saya bercadang untuk pergi ke arked uda... untuk mencari kilauan berlian di sana.... saya sudah pun membuat temujanji saya dengan owner tuan punya salehashop..... tak sbaar nak tengok koleksi manik berlian ..

-seterusnya...jalan ke pc atau pun rantau panjang...ala rindunya tomyam ala thai tu... nanti saya nak g kedai tomyam yang sedap tuh.... memang tak sangka.....owner kedai itu adalah ipar duai mek su, teman di tempat saya bekerja......

oklah kawan....setakat ini, perancangan macam baek jer...jangan ujan udahlah.... kelate tunggu....