hidup blogger ne kadang-kadang macam artis jugak
ada yang suka ..ada yang tak suka....
tapi perlukah sampai nak create satu fanpage untuk kutuk blogger???
motip??
ke ko jeles sebab dia beriban follower?
ke ko bengang nufnang sayang lebey kat dia?
Ke ko tensen sebab blog dia glem???
kamonnnla reader yang tak berapa educated ne.....
konsep blog ne easy je...
ko suka blog dia..ko follow...ko tak suka...ko pangkah...
go another blog yang serasi bersama jiwa ko!
senangkan?
tak sesak ke jiwa ko nak buat benda yang bukan2 ne?
kesian jiwa-jiwa yang kosong ne...asyik mengutuk orang je..
meh sini aku kongsi dengan korang TIP-TIP DARI DR. FADZILLAH KAMSAH
moga-moga tarbiah skit altitud korang....
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.
7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.
10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).
11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya.
12) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).
13) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.
14) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.
15) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)
16) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.
117) Amalkan bismillah
18) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.
quite 18 ne ...tak menakukan ko ke ??klaulah blogger yang ko kutuk tuh berdoa, naseb koranglah....kerana bagi aku ..., blogger ne dianiaya oleh ko...cepat2lah pohon kemaafan...
ya ALLAH..KAU JAUHILAH SYAITONNNNIRAJIM ne dari blogger2 yang ikhlas menulis..
4 comments:
ape la pekdah duk kutuk blogger
buat apa nak kutuk mengutuk... kita kena tengok diri kita sendiri dulu baru nak tengok orang...Juga tak boleh kutuk... orang, orang punya pasal laaa...
betul ke wujud fanpage tu.. isk..
x patot kot..
blog nie kan bebas.. semua org ade hak untuk bersuara dan bagi pendapat..
so tak patot la kan nak buat macam nie..
terbaik... this is our way to show our feel or anything... dorg mmg x de kje la... ape pon ta bole....
Post a Comment