lain macam je kan tajuk entry aku ne kan?
ne semua pasal perdebatan samada hasil dari nufFnang .adsense adalah halal atau tidak....
bukan sehari dua aku aku menjadi pemerhati....pendengar..
aku memang berhajat nak joint...yelah...dapat sikit pendapatan jadikla....
setelah puas aku menelaah dan bertanya...
finally aku jumpa artikel ne....
aku sharekan sedikit pembacaan aku dari blog dr LOve ...
“Salam ust, bile bce psl arak kat ust punye entry yg milkadeal tu kan, sy jd terfikir plak, bukan ke nuffnang punye ‘sumber rezeki’ dtg drpd iklan arak sikit? so, duit yg die bg kite tu? camnne?kalau bole ust comment jelah kat blg saye ye, saye buntu ..“
Jawapan Ustaz Love :
Pertamanya kita kena jelas situasi sama ada kita ada membenarkan Nuffnang meletakkan iklan arak ataupun tidak.. Ianya ada di setting update survey pada akaun nuffnang kita :
“Would you be willing to run alcohol-related ads?“
Jika kita tandakan “yes” (maknanya kita membenarkan iklan jenis alkohol / arak), dan keluar iklan arak pada blog kita, dan ada org klik iklan arak itu dan kita dapat pendapatan, maka pendapatan kita adalah bercampur antara halal dgn haram.. Maka, pada ketika ini hukum pendapatan kita adalah haram.. kerana kita bersetuju untuk mempromosikan arak dan mengambil hasil daripadanya.
Sekiranya kita tandakan “no” (kita tak membenarkan iklan jenis arak), tetapi keluar juga iklan arak.. maka kita boleh menghubungi Nuffnang untuk menghapuskan iklan itu (dan Nuffnang pun dah umumkan ianya kesilapan teknikal dan meminta maaf.. serta memberi kepastian bahawa pendapatan hasil iklan arak itu takkan dimasukkan dalam akaun kita). Sekiranya pihak Nuffnang tak ambil peduli dan meneruskan iklan arak, maka wajib bagi kita membuang iklan tersebut dgn cara delete akaun blog kita pada nuffnang, atau edit skrip iklan Nuffnang pada blog kita. Ini kerana, kita sendiri yg menentukan iklan jenis apa yg kita nak.. dan ia seterusnya menjadi kesan kepada pendapatan kita..
Berbalik pada persoalan asal… Kita sememangnya mengetahui yg Nuffnang mempunyai kontrak pengiklanan dengan syarikat arak dan rokok.. Sekalipun kita tak setuju yg iklan arak dan rokok itu berlegar2 dalam blog kita, dan memang tiada iklan arak, pendapatan Nuffnang masih lagi bercampur dgn hasil halal dan haram.. Jadi, bagaimana pula dgn situasi kita sebagai ‘pekerja’ yg mengiklankan iklan daripada Nuffnang di blog?
Sebelum itu, mari kita melihat kenyataan al-Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin :
“Jika bercampur antara harta yang halal dengan harta yang haram dan kedua-duanya tidak dapat dibezakan maka tidaklah bermasalah untuk kita menggunakannya.”
Kita lihat pula kenyataan drp Us. Zaharuddin :
“Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul.“
Maka, isunya di sini adalah :
1. Pendapatannya syarikat itu bercampur halal dan haram.. maka pekerjanya harus menerima gaji daripada syarikat itu.. sama kesnya dgn pendapatan drp Nuffnang.
2. Pendapatan syarikat itu memang haram.. contohnya bekerja sebagai despatch kepada syarikat arak, maka pendapatannya adalah haram.
3. Jika kita sendiri cara bekerjanya betul, tetapi menerima pendapatan daripada syarikat yg bercampur pendapatannya halal dan haram, maka hukum pendapatan kita adalah halal.. sama macam kes pertama..
Makanya, Ustaz Love menyimpulkan bahawa pendapatan hasil Nuffnang adalah halal dan harus diterima.. berdasarkan bahawa kerja pengiklanan kita adalah betul, dan Nuffnang bukanlah syarikat yg mendapat hasil yg haram semata2.
Yassiruu wa la tu’assiruu (permudahkanlah.. jangan menyusahkan)
No comments:
Post a Comment