sebut je nama petai memang aku dah telan air liur
terbayang-bayang kalau dapat makan dengan sambal tempoyak
kenelah pulak nasi panas kaw-kaw
cukup terbaekkkkk!
bagi aku, petai tuh macam penambah selera
maybe lauk macam biasa tapi tetiba ada orang campak petai
confirm 2 kali aku tambah nasi!
it's heaven babe...
dulu masa aku practical di negeri sembilan
aku dokla menumpang dengan kawan - kawan di sebuah rumah
si suami merangkap mandor di ladang kambing tersebut telah bermurah hati
bagi kami menumpang sepanjang 5 minggu practical!
rumah itu sederhana besar sahaja
tapi isi rumahnya berhati besar...
sangat baik,sangat ramah
si isteri sangatlah pandai memasak...
buktinya aku bertambah 5 kilo sejak menumpang di sana
adat hidup di kampung
makan makanan yang ditanam sendiri
atau
ambil dari sekeliling...fresh je
terbaek dari ladangkan...
yang bestnya hidup bermuafakat di kampung
rezeki berlebihan..dikongsi bersikit-sikit dengan jiran tetangga
hari ini, roti percuma..adik makcik bagi
esok, rambutan sebakul... pak dol bagi orang bandar merasa katanyerrr
dan paling best... tentulah petai...
fresh dari pokok...adik mak cik g ambil dari hutan kawww!
sungguh-sungguh aku makan!
bertambah-tambah!
'makcik ingat..pak cik ekau jo yang hantu petai...rupa-rupanya..kau lagu berhantu!
hahahahahha.
makcik best la...pas tuh tiap-tiap petang makcik basuh jamban sebab hancing dengan bau petai! hahahahahhaha
petai ne memanglah busuk tapi khasiat dia terbaik tau....tak caye?? meh nak khabo
gambar ne aku ambil dari bos aku dr zul.... | cantiklah gambar ne kan? |
yang ne memang cantikla bos... |
kebaikannya adalah....jeng...jeng...
~ biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
~ Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)
~ Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya.
~ Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.
~ Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia di kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkal mendapat sindrom premenstrual.
~ Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok.
~ Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku.
~ Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi.
~ Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.
~ Kulit pepapan petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.
Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.... ne yang tak best~hahahha
No comments:
Post a Comment