please clik eh..

Wednesday, May 18, 2011

kerana mereka...aku menjadi manusia

hai..guys.....
hari guru dah lepas tapi aku rasa masih sempat untuk ucap selamat hari guru...
korang dah wish ke belum kat guru-guru yang mengajar korang dulu?
sampai sekarang , aku tak pernah melupakan guru yang banyak mengajar aku pelbagai perkara...
ada guru yang berkongsi rasa dengan aku..ada yang penin dengan kenakalan aku..ada yang menyampah dengan aku? eh ade ke?

tapi...antara memori zaman persekolahan yang aku tak boleh lupa ialah zaman sekolah di MRSM Kuantan.
aku rasa kalau aku tak jejak sekolah ne..rasanya perangai setaraf setan agaknya..hahahahaha....


lambang sekolah menengah sampai ting.3

bangunan sejak zaman jepun....

bab main, bising dalam kelas..tuh perkara biasa aku buat kat TIGS dulu...
nakalnya aku sampai dapat penampar ayah aku gara-gara balik lambat dari asrama sebab nak tengok filem TITANIC!
hahaha..korang hado??
best nya sekejap aje... azabnya sampai sekarang aku ingat...
dah la dapat penampo dengan mr. Rahman aka bapak aku,
pas tuh kene balun dengan hanger.. patah riuk hanger tuh..
kene lec dengan warden...
tak leh outing sebulan
semua orang pandang hina dekat aku
siot  tul!
aku kuar tengok wayang je beb bukan aku mencuri pun...
tapi balasannya memang azab..padahal masa aku kuar aku siap bagtahu ketua asrama aku lagi..aku nak kuar......
dan dia siap order kek lagi...
last..last ,masa aku dihadap kan ke warden.... senior aku tuh siap boleh buat dek lagi..siap muncung mulut kat aku...dan siap kata..kita patut bagi hukuman setimpal... ko memang totally cibai kak!

dan mintak maaflah jugak kak
sebab .....
saya la orang yang buang air dalam baldi akak masa asrama takder air dan kerana tuhlah... ko takder air nak mandi....
oh lupa..saya juga yang kalerkan cadar putih akak menjadi warna biru sehingga akak terpaksa beli cadar baru....heavenkan?
dan saya juga yang rosakkan kasut kawad akak dari warna hitam transform kaler pink! baru stylo kak...

ko cakap aku macam ntahhape2kan???meh aku tunjuk perangai ntahhape aku? azab tak?
memang waktu itu,aku agak berdendam dengan dia kerana bagi aku dia sangatlah bertalam berlauk.

mujur masih ada seorang guru yang masih mempercayai aku...
yang menyatakan bahawa sekali melakukan kesilapan bukan bermakna kita adalah manusia gagal..
janji kita berusaha berubah...

aku bagitahu aku benci sekolah ne kerana kebanyak guru hanya nampak pelajar cemerlang ..padahal masih ramai pelajar yang lebih baik dari sesetengah golongan tapi tidak diberi perhatian sewajar..(waktu ne aku sangat emo)

tahu apa guru itu cakap kat aku?
kalau kamu dah tak suka..keluarlah dari sekolah nie..
tapi keluarlah dengan bermaruah..buktikan u r not the loser...

sejak tuh... misi aku adalah keluar dari sekolah itu...
dan aku mula dengan mencintai buku...
aku balas dosa aku kepada mak dan ayah aku dengan straight 8A.... 
dan aku berjaya merambuskan diri dari sekolah tuh....
saat aku melangkah keluar dari sekolah itu,aku berjanji pada diri takkan kembali tanpa aku menjadi insan yang berjaya...dan sehingga kini walaupun aku dah menjadi manusia, aku masih belum jejak sekolah itu..

aku sangka semua sekolah adalah sama sahaja layanannya
rupanya di MRSM, aku dilayan dengan cara berlainan.


murid dan guru adalah kawan.
makan bersama-sama. cikgu di sana sabar mengajar aku yang bodo ad mate..
duduk dalam kelas yang ada budak pandai, ko dapat ad mate 60 pun kira dah baik sebab budak sebelah ko dapat ad mate 90 markah.
abis aku yang dapat ad mate 15 je ne camane? bukan setakat bodo..kategori  bingai dah...
tapi setiap kali aku gagal, cikgu ad mate aku tak pernah marah.. malah dia senyum kambing kat aku...aku tak tau la dia gelak kat aku atau tak?
but...her smile selalu buatkan aku terus berusaha...sampai akhirnya aku score dalam SPM
Jadi memaki anak murid bukanlah cara yang terbaik, gunalah kata-kata yang memberangsangkan...
mungkin itu adalah yang terbaik...


kelas 5c2 bersama cikgu akmal dan cikgu muzahid



selamat hari guru....
semoga Allah memberkati semua guru-guru yang ikhlas mengajar kami.
terima kasih


No comments: