please clik eh..

Sunday, December 18, 2011

karya 'kerna kau adalah hatiku...'



kehadapan anak ibu,
ibu tujukan puisi ini untuk kamu fahami
bahawa dalam hati ibu, kamu sentiasa ada....

tahukah kamu
bukan ibu meminta menjadi ibu kamu
menjadi seorang ibu juga bukan satu impian kecil
tapi ia adalah tanggungjawab dalam melaksanakan amanah
amanah yang telah Allah beri kepada ayah dan ibu iaitu anak


ketika anak-anak ibu sedang membesar,
telah terpaku impian ibu terhadap setiap anak yang ibu jaga dari sebesar tapak tangan
hinggalah menjadi seorang insan
telah ditanam dalam hati, kisah-kisah kebanggan yang bakal ibu ceritakan pada kawan-kawan ibu


kamu tahu, masa kamu sakit...ibu lupa untuk tidur
masa kamu dalam kesusahan..ibu lupa untuk berdoa kebahagian diri sendiri
tika kamu nangis kerana lapar, ibu lupa untuk makan
tika kamu bersedih , ibu lupa untuk bergembira
tika kamu jauh di sana, ibu lupa untuk ingat akan dirinya
semasa kamu berjaya, ibu lupa bagaimana untuk dari terus tersenyum
semasa kamu gembira,ibu lupa bagaimana hendak menangis


kamu tahu kenapa wahai anak ibu?

kerna ...kamu anak ibu.....
kerna kamu adalah hatiku...

jadi tidak mengapa kalau ibu tidak tidur menjaga kamu sehingga sembuh
jadi tidak mengapa ibu setiap masa menitipkan doa bagi kamu agar sentiasa jauh dari kesusahan
jadi tidak mengapa ibu lapar kerana ibu mahu suapkan kepada kamu dulu
jadi tidak mengapa kalau ibu turut merasa kepedihan kamu
jadi tidak mengapa kalau ibu sentiasa mengalamun mengenangkan kamu yang jauh di sana

tapi ibu tidak harapkan balasan dari anak ibu

cuma....

bila ibu sakit... boleh kamu jaga ibu?
bila ibu sudah tua, boleh kamu pelihara ibu ?
bila ibu sudah nyanyuk, boleh kamu bisik-bisik kalimah Allah di telinga ibu?
bila ibu lapar, boleh anak ibu suapkan ibu?
bila ibu dahaga, boleh kamu ambilkan segelas air buat ibu?
bila ibu tidak boleh berjalan, boleh kamu papah ibu?
bila ibu sudah tidak lagi, boleh kamu usung ibu untuk mengadap ALLAH?

Bolehkah wahai anak ibu?


hidup ibu mungkin tidak sempurna mana
namun senyumanmu melengkapkan hidup ibu

yang terus menyayangimu,
IBU

karya yang tidak sempurna ini aku tujukan kepada semua wanita yang bergelar ibu, emak, mummy, mama dan seangkatan dengannya... terutama ibu kepada Ariff_Alfian_Rosli

saya tidak pernah berjumpa atau mengenali kamu
tapi saya tahu kita mempunyai persamaan iaitu menjadi ibu kepada anak-anak kita

anda tidak salah kerna melahirkannya
bukan salah kamu kerna membesarkannya
juga bukan salah anda kerana memberi pendidikan kepadanya
dia telah anda didik sebaiknya,
dia telah kamu lengkapkan dengan ilmu dunia dan akhirat..
maka dia sendiri yang cipta kesalahan itu
hakikatnya dia sendiri yang memilih jalan berliku itu


kerna itu, teruskanlah jalani kehidupan kamu
jangan dibawa rasa sedih dan tekanan sampai ke hujung nyawamu
perit untuk ditanggung tapi lagi binasa jika terus disimpan
teruslah berdoa kerana doa seorang ibu sangat berkuasa
Allah MAHA MENDENGAR DAN MENGETAHUI

ketahuilah walaupun anak kamu tersenyum kini
dan membiarkan kamu menangis
tapi percayalah hatinya tiada ketenangan

dia boleh menipu semua orang
dia boleh menipu institusi perkahwinan
tapi dia tidak boleh menipu kamu
sampai bila-bila dia akan bawa rasa bersalah itu

kamu tidak bersendirian
mungkin tidak ramai memahami'
sekurang-kurangnya doa saya adalah sentiasa untuk kamu

semoga Allah membuka hati /Ariff_Alfian_Rosli ....

2 comments:

Mishter Izwän said...

hi gang support this blog pls
http://advance-blog-user.blogspot.com/

Bintangjauh said...

Salam Sarah, syahdu serasa perasaan ketika tamat dinoktah terakhir membaca karya yang indah ini.

Cuma ini sahaja buah pandangan dari sis Ratna yakni kasihi lah Ibu walau bagaimana cara pemberian kasihsayangnya, perhatiannya juga pendidikan tunjuk-ajarnya yang semampu-seboleh darinya, itu sahaja.

Sis Ratna membesar tanpa Ibu, terkecuali dari segala kasihsayang juga penjagaan dimana kebanyakan merasa erti sebenar kasihsayang dari seorang Ibu, namun mengapa masih ada yang menderhaka meremokan rasa perasaan seorang Ibu nan mulia?

Indah sekali karya Sarah bersulam halus dengan ayatan-ayatan yang lengkap penuh bermakna sekali.

Salam manis manis madu.