please clik eh..

Tuesday, May 31, 2011

i miss my scholl holiday.....

dah start pun musim cuti sekolah....maka start gendang dipalu.....pengantin beradu....
musim mengawan dah star....undangan fb je dah 3 perantin..kad pulak dah ada 2 keping...
best part is..... semuanya in the same day...OMG ..meletops la my tummy......

kawan aku tetiba je tanya aku..nak bagi anak dia buat apa masa cuti sekolah..yerlah..anak cuti..mak bapak tak cutikan...
so dia tanyalah in case ada idea yang agak best bagi anak dia buat..taklah makan ..tido..makan..tido balik...

so aku godek satu laman web yang memang menjadi sumber inspirasi aku selama ini....
aktiviti yang dia bagi senag dan jimat..serta mudah jer untuk anak-anak kita buat...
yang paling penting adalah kreativiti sendiri...
ini dapat develope minda anak-anak kita supaya more creativekan???


it's call rock craft atau kraf batu....



 korang boleh susun batu mengikut bentuk yang hendak dibuat....

dan lekatkan guna gam yang paling kuat..make sure sesuai untuk batu...

dan suruh guna water colour anak anda dan lukis sendiri imej yang dikehendaki....








just love this craft...


mommy panda and lil panda





cute eh?

Rock Creature Tips

Glue rocks together before painting them, attaching small stone features such as eyes, feet, or beaks to body parts before joining larger parts; attach whiskers and tails after painting. Cement glue makes the strongest bond but should be used only by parents working in a well-ventilated area. (Kid-friendly glues are less durable and are best for rock crafts that will sit on shelves.)
 
 
kreadit to Marthastewart.com:

PERADUAN INDAHNYA BERGELAR IBU

eiiiiiiiiilooooooooo...dah bulan jun...cepat jer masa terbang pergi....
view email tadi nampak satu perduan dari kedai online yang selalu aku beli...mumDreams Boutique...
kalau minat ..jointlah contest ne..mane tahulah kan bertuah badan??

ne details peraduan ne...cepat.....



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertamanya, Terima kasih atas sokongan anda semua.

Sebagai menghargai sokongan anda semua, bermula 21 Mei 2011 sehingga 20 Jun
2011, mumDreams mengadakan jualan istimewa sempena Hari Ibu (Mei) dan Hari
Bapa (Jun). Dapatkan produk mumDreams dengan harga istimewa !

Sempena Hari Ibu yang telah disambut awal Mei, mumDreams juga ada membuat
peraduan Indahnya Bergelar Ibu. Kami mohon maaf kerana tidak sempat
updatekan di sini. Walau bagaimana pun, peraduan ini masih lagi terbuka.

Bagi
 yang telah membuat pembelian bermula 1 Mei 2011, anda layak menyertai
peraduan ini (sekiranya anda masih menyimpan resit pembelian anda) walau
 pun anda tidak menerima borang penyertaan ini. Anda hanya perlu
emailkan kepada contest@mumdreams.com.my
 (subjek : PERADUAN INDAHNYA BERGELAR IBU) beserta nombor resit
pembelian anda atau nombor order anda. Sila berikan detail anda seperti yang
terdapat dalam
borang penyertaan tersebut beserta AYAT dan SLOGAN anda !



Hadiah Utama : 1 x Blackberry Curve
Hadiah Saguhati : 100 x Baucer mumDreams bernilai RM 20

Terima kasih sekali lagi dan Semoga Allah merahmati anda semua. Amin.
Selamat Hari Ibu dari warga mumDreams (harap ianya masih belum terlambat)


Salam Kasih Sayang
- krew mumDreams -

indahnya bersahabat.....

 


 



 

 

 









             sesekali keluar balik perangai giler..lepaskan gian...hehehehe

bear.... thanks bear..sebab jadikan hari itu hari yang sangat ceria..aku betul2 hargai..
p/s : bear still single... minat??? email me for detail..hikhikhik

barisan khalifah muda...

melihat mereka turun dari van..seorang demi seorang..hati aku dah tersenyum...
hati aku tak berhenti mengucap subhanAllah... melihat kebesaran Allah
melihat sekumpulan anak muda yang telah ditarbiah sifatnya,
lemah lembut bicaranya,
hati yang penuh dengan keimanan....
meruntun hati seorang ibu dan juga seorang wanita....

BARISAN IMAM MUDA


sebab ketika kawan-kawan mereka ...
leka dengan breakdance
sibuk mengundi artis kesayangan dalam rancangan mentor dan AF
khayal dengan american idol
tengah syoknya karok lagu justin bibir
bestnya berjalan berdua-dua dengan buah hati

mereka memilih untuk berjuang di jalan Allah
pengisian malam mereka dengan hafazan ayat -ayat suci Al-Quran
bagi aku ..bukan mudah untuk istiqamah dalam amalan harian
sedangkan untuk ungkap bismillah pun kadang2 tak terbuat
inikan pula berdakwah di jalan Allah

beruntunglah ibubapa mereka
bertuahlah pasangan mereka
Subhanallah.....

aku?
masih begini...
kabur di jalan yang sepi...
namun aku percaya....Allah maha penyayang
aku pohon agar suatu hari nanti aku juga berubah menjadi insan yang lebih baik dari sekarang.




aku terus juga berdoa agar banyak lagi pelapis-pelapis khulafah Islam dilahirkan
Ya Allah..masayarakat sekarang terlalu dahagakan pemimpin Islam bertauliah dan jujur serta amanah di jalan MU....Kurniakanlah kami rahmatmu Ya Allah...lahirkanlah pejuang-pejuang Islam seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar Al-Khatab, Saidina Uthman Affan, Saidina Ali Abi Talib 



Masa di hari belia ..sempatlah berjumpa dengan mereka..tapi melihat dari jauh sajela..hikhik....

 
DAPAT BERGAMBAR DENGAN KERETA PUN JADILAH....






 
masa gambar ne diambil...aku ada di depan mereka tetapi agak terselindung dengan cameraman yang agak ramai kala itu

aku tetiba jer sebut 'ALLAHUAKBAR'

tak pasal-pasal semua cameraman tuh pandang aku...
pehal pulak budak ne takbir tetibakan?

ada satu mamat ne tanya...

dik..tiba-tiba je takbir...ko terbakar ke?

hehehe.

Sunday, May 29, 2011

ke pintu menara gading....

adik aku yang paling bongsu dah selamat mendaftar ke uitm lendu
mak, ayah dan yana yang hantar dia...
aku ingat nak joint same-same havockan keadaan tapi last minute kene g bengkel ...
apa nak buat..tugas tetap tugas.....


aku terpikir-pikir mcamanelah perasaan emak dan ayah aku?
yelah...kami hanya 3 beradik....
aku di sini, yana di segamat dan kini aim di melaka pulak.... mesti mereka kesunyian ...
mahunya tak...selama ini biasa si aim tuh yang serikan suasana..tetiba dia pergi belajar....
rumah kecil itu pasti akan sunyi tanpa gelak ketawa kami

masa dulu, pertama kali aku melangkah pergi....honestly rasa macam gembira...
yelah..no more babling, no more arahan..and the best think is kau bebas to do anything asalkan ko tak buat mende2 yang bukan-bukan.....

tapi sejak ada anak ne...barulah aku paham perasaan emak
tapi apa daya....kami melangkah mencari ilmu...mencari masa depan yang terbaik
demi membalas jasa emak dan ayah....

pesan ayah dulu suatu waktu dahulu....

long....kau anak sulong ayah...
kau lah nanti jadi contoh pada anak-anak ayah yang lain
kalau kau dapat masuk u nanti.... adik-adik kau pun mesti berlumba nak masuk u jugak
beri contoh pada adik-adik kau


buat aim...
selamat menjalani kehidupan baru di sana
jangan mudah leka dan fokus belajar
cari dan cintailah ilmu....

kami sentiasa mendoakan kebahagian kamu.....


tq dak gumuks for the pic...gua cilok...




he-s our heart..... 

mak, ayah dan si manja aim

amacam...? ada gaya budak u tak?

mencari titik kebahagian....

hai...monday blues makes me lazy .....
sampai je kat opis, masa nak punch card..ternampak short notice
ada majlis perpisahan untuk opismate yang akan berhijrah ke tempat baru...
best sebab dapat makan free
tak best sebab ilang dah partner dalam seksyen aku

dear fazrina 
i'm so sad rite now because ur leaving me
but i know.... ur leaving because the rite place for wife is just beside ur lovely husband
it's ok....fren... 

ina... usia persahabatan kita tak lama 
tapi banyak kenangan antara kita
lepas ne takde lagi orang nak jerit nama aku dari koridor atas sampai terkencet aku lari...
tiada lagi keperek-keperek yang menjadi hidangan mulut-mulut manusia di bhgn perancang
yang paling tak best.....tak de geng dalam meeting....
ngan sape aku nak gusip2?

neway.....kebahagian kau disisi suami..
dan aku berdoa agar kau sentiasa di kelilingi bahagia
mudah-mudahan dikurniakan cahayamata soleh dan solehah
dan aku menumpang gembira untuk kau...

salam kemaafan sekiranya terlepas kata yang tidak patut dari aku yer....

antara saat indah yang pernah kita bersama lalui....

Wednesday, May 25, 2011

Sham kamikaze telah berubah........


 Sesungguhnya hati manusia adalah milik Allah
Allah jua yang memimpin hati-hati manusia yang sesat
ke jalan kebenaran....
SUBHANALLAH...



SHAM KAMIKAZE



Shamril Salleh, atau lebih diketahui sebagai Sham Kamikaze bukan orang asing kepada peminat-peminat muzik rock tempatan. Pemain gitar yang dihormati ini dan juga merupakan pengasas kumpulan Kamikaze bukan sahaja seorang artis tetapi juga penerbit muzik, pengubah, penyusun dan gitar sessionist. 

Sham Kamikaze dikenali sebagai pemain gitar rock popular di Malaysia. 
Lahir pada 1976 di dalam sebuah keluarga berlatarbelakang muzik, dia terdedah kepada pelbagai jenis muzik sejak di usia muda. 
Dia mula belajar bermain gitar pada usia 12 dan telah bermain dalam kumpulan sejak berumur 14 tahun.

Sebagai pemain gitar muda, Sham berterusan mengasah kemahirannya dan membantu ramai artis-artis utama di Malaysia dan luar negara selama bertahun-tahun; 
dia juga mengajar di Guitar Institute of Malaysia di Kuala Lumpur. Dia membentuk kumpulan Kamikaze pada 1999 dan merekodkan tiga album – Kontroversi, Inspirasi dan 3. 
Kesemuanya pernah dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik – iaitu sebuah Anugerah Industri Muzik Malaysia, sama seperti U.S. Grammy – dengan album Inspirasi memenangi anugerah AlbumRockTerbaik 2001. 

Sham pernah bermain dengan ahli-ahli muzik seperti Andy Timmons, Neil Zaza and T.M. Stevens , dan bermain untuk persembahan pembukaan kepada Joe Satriani / Steve Vai / pelancongan Eric Johnson G3 dalam 2000.

Kali ini, Sham Kamikaze akan menceritakan pengalamannya mendapat hidayah selepas bertemu dengan Imam Besar Mekah, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kangar, Perlis. Seterusnya mengubah identiti beliau yang sebelum ini memakai gelang dan bersubang.


KREDIT PADA rencahalam

HARI SEJUTA BELIA!

anda belia? 
*
*
*
*
*
*
*
*
let's start d' party!






jumpa di sana!
sebab aku bertugas.....
blogger fren yang turun ke PUTRAJAYA
let me know k.....leh belanja minum!


Sunday, May 22, 2011

pergi tak kembali.....

"jangan tertipu dengan umur yang muda 
kerana kematian tidak pernah berjanji hanya akan datang pada umur tua,
jangan tertipu dengan suasana yang aman 
kerana kematian tidak pernah berjanji akan datang hanya pada waktu peperangan..."


sesungguhnya kata-kata ini memang cukup menginsafkan diri aku
menelusuri kisah tragedi tanah runtuh di kediaman rumah anak yatim Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat,
cukup menginsafkan.....
hati ini masih lagi  menangis.....
aku redakan kesedihan hati ini dengan bacaan yassin semalam sambil qisha di ribaan aku...
dia memandang aku sambil tangannya memeluk lengan aku
makin erat pelukan qisha..makin sebak rasa di hati
aku seakan-akan dapat merasai kesedihan ibu dan ayah mereka...
berpisah seketika dengan anak pun aku dah nanar
inikan pula ..kehilangan sebegini rupa.... 



mangsa semua dikebumikan dalam satu liang lahad


seorang ibu kehilangan anak
seorang nenek tidak lagi melihat cucunya
seorang abang hilang sudah adik manjanya
seorang murid kini tidak mendengar lagi alunan nasyid gurunya
mereka kehilangan saudara mereka...

hati bertambah sebak melihat bagaimana mereka bercerita 
cerita kisah antara hidup dan mati 
kisah sedetik demi sedetik
ketika mereka menggapai pohon diselamatkan
bibir mereka mengalunkan azan dan Allahuakbar
mereka hanya berserah kepadaNYA

Sesungguhnya mereka adalah insan terpilih
mereka meninggalkan  dunia ini dalam keadaan mulia
dalam ketika mengalunkan lagu kebesaran pencipta kita

nasib kita...belum tentu lagi bagaimana tatkala tiba masa kita
AL-FATIHAH....

Thursday, May 19, 2011

bila dah canggih..ko nak gak kebelakang semula...

USB TYPEWRITER


kalau benda dah canggih ..nak gak ko amek yang lama2 ne
agaknya ada kenangan kot mesin typewrite ne
mungkin kenangan dia berjimba-jimba dengan kekasih agaknya
kalau bagi kat aku.... siap2 aku parking kat muziam jabatan aku...
kalau kene buat laporan..mau 38 tahun kemudian baru siap..hahahahah

cantiknya makhluk tuhan...

cantik kannnnnnn? 

rangupnya sudu dan garfu ne...yummy!

erm..kita jangan membazir.... 


tak elokkan?
so..kan bagus kalau kita bole makan sudu,gargu, pinggan terus tanpa tercekik mahupun terbunuh diri sendiri
tapi mana boleh kan? kan?
korang bayangkan kalau sudu , pinggan, garfu tersebut dibuat dari makanan?
mesti korang cam tak cayakan?
iye.. tak tipu!
 
 
 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*











hasil kreatif oleh Spanish Designer Andere Monjo. dia created a beautiful baked table dari tepung,air,seed dan bread product  



 koleksi peralatan makan yang crispy!




tetiba rasa lapar roti canai mamak!